![]() |
| Nampak hensem semacam pulak si Suho ni yeah angin dah bertukar arah! |
Tajuk tu from draft, cerita hari ni punya taip ha. Visa dah siap, BRP pun dah sampai Uni and I'm officially counting the days nak stay kat Malaysia!
Last 30th was the predeparture briefing and JPA called their UK-bounded scholars to come to INTEC. Memula tu aku ingatkan INTEC ni yang dekat Seksyen 17 sana, tapi once tengok alamat dalam emel Syaza forward tu kat Seksyen 18 je. Dewan kat asrama INTEC tu, bebudak INTEC naik bas UiTM untuk ke kelas rupanya. Budak INTEC je duduk jauh from academic building depa, yang UiTM still duduk dalam kampus (source: Paah sebab dia dulu budak UiTM Shah Alam).
Tengah malam aku naik bas pi Shah Alam dengan si Paah pastu tumpang sat kat rumah Tam. Then pagi tu si Amsyar (panggil Char je) tak jadi pi sekolah sebab pagi tu hujan lebat dan van sekolah dia tak muncul-muncul pun. Bila dah habis briefing tu, aku dengan Paah tumpang kawan dia untuk ke Stesen KTM Shah Alam hahah pastu travelogue bermula lagi di KL Sentral and NU Sentral.
Last time pi buat visa, Paah balik flight lepas flight aku sebab flight aku penuh - kesian betul sebab kena bayar tau! So kali ni, mak dia tak bagi naik plane hahaha so datang Shah Alam naik bas, balik Penang naik ETS. Dapat gaklah aku rasa si ETS tu camna - ramai sangat dok suruh aku naik ETS tu. And yeah, dapat sampai Penang pukul 11:58 malam, dengan syarat naik ETS jam 8 malam. (Siapa yang follow Snapchat aku tu nampak la aku dok meroyan naik ETS).
Sekarang ni datang kerja shopping je sebab nak pack barang sakan tu. Tapi aku tengah uruskan dokumen penting dulu, yelah kang seronok packing pastu takdak benda imigresen mintak, tak dapat gak masuk United Kingdom tu. Kalau takdak aral melintang, 23/9 memang aku naik A380 ke Heathrow! Tapi still taktahu flight pagi ke malam.... aku harap flight aku malam sebab kalau flight 11 pagi tu kena ada kat KLIA jam 530 pagi! At least, kalau flight malam, pukul 6 petang dah boleh berkumpul kat KLIA. Aku ni dahlah tak berapa suka bangun awal pagi...sampai sekarang pun hahah
Okay let's get into business.
Sebenarnya sampai sekarang, aku macam tak percaya yang aku dah nak pi UK! Macam mimpi, macam bulan jatuh ke riba. Benarlah perancangan Allah itu baik semuanya untuk kita, amin insyaaAllah! Aku memang betul-betul gamble masa depan aku masa nak decide untuk nak sambung apa - okay bolehlah nak baca semula post yang lain yang aku meroyan bebanyak tu.
Walaupun masa mengisi permohonan online tu, aku berharap sangat kalau aku ni dapat sambung belajar di Korea Selatan sana nuh rumah
Tapi, still, orang cakap kos aku senang sebab tu aku boleh skor dan fly. Kat sini, aku nak ulang, kalau kau nak benda tu, kau usaha! Jangan setakat fizikal, doakan keberkatan benda yang dok pulun tu! Minta pada Allah!
Pastu masa pi sekolah pun, "Psikologi? Selalunya orang buat Masters je.." // "Kaunseling la ni?"
Fuh sentap jap. Sabar makngahnis, sabar - jangan marah, orang tak faham, orang tak tahu tu...
Aku macam nak buat ceramah free je kat situ, nak terangkan yang Psikologi kat Malaysia kebanyakannya BA (Bachelors in Arts) dan aku gi UK buat Psychology BSC (Bachelors in Science). Yeah, aku masuk lab, aku buat eksperimen. Bezanya, kalau aku fokus Clinical Psychology, aku boleh practise sebagai Psychiatrist kat oversea sana. But yeah, JPA taknak Clinical Psychology, so aku apply for Psycholgy BSC (more like pure/foundation of Psychology).
Tapi sebenarnya, masa depan & rezeki siapa je yang tahu? Itu semua rahsia Allah. Boleh jadi, kerjanya lain daripada ijazahnya. So, aku sendiri tak nampak lagi apa yang nak terbentang kat depan nanti - boleh jadi degree aku Psychology tapi aku kerja bahagian HR memana syarikat kerajaan. Boleh jadi jugak sambung Masters, boleh jadi aku kerja dengan JPA, boleh jadi aku mengajar..
Apa-apa pun doakan yang terbaik - husnuzon sentiasa!
Jemput datang kenduri kesyukuran & tahlil arwah kat kampung - raya ketiga gaiss!
Sekian, terima kasih.
![]() |
| Wake up, people. Beauty sleep ends here. |
Guysss, doakan kewarasan aku.
Okay annyeong goodbye ciao.


No comments:
Post a Comment