Mood: Taeyeon - I
![]() |
| Meja aku 96 gaisss. |
Serious, aku dah graduate - from International Baccalaureate (IB) & Kolej MARA Banting - 13 Ogos lepas kat PICC, Putrajaya. Hari ni dan pada waktu ini, aku dah 13 hari bergelar an IB Survivor ^^. Rindu terubat jua pada kengkawan yang sama-sama meredah tahun IB, sama-sama menangis sebab stress, sama-sama ketawa walaupun lawak memasing hambar (aku la yang paling hambar tu).
Alhamdullilah, result aku cukup makan sebenarnya hehe tapi aku rasa berkat doa semua; mama, abah, famili dan kawan-kawan - dapat juga tawaran untuk sambung belajar di The University of Warwick. Terima kasih atas doanya!- Aku baru selesaikan urusan visa aku pastu tengah tunggu pakcik posmen dan courier datang rumah memberi salam menutup salam hahaha pastu nak turun Shah Alam pulak untuk briefing!
Walaupun result kita berbeza nombor tapi insyaaAllah ukhuwah kita still sama. Ahh bunyi sedih je wehhhhh tapi sebenarnya aku sedih dan takut nak sambung belajar di tempat orang. Perkara pertama yang aku terlintas; "macam mana kalau aku tak faham apa lecturer cakap?" Sebab, walaupun kita belajar British English, kita practise American English - you know what I'm trying to say? We speak American, everyone. Macam Harry Potter tu betullah dia speak British English hahah
So...yeah. Less than a month - serbuk kari semua belum beli weh!
![]() |
| avid supporter - mama, abah, abang man, marissa, iskandar and zayd |
![]() |
| and of course, their mummy; kak da - sepupu yang dah macam kakak sendiri hehe |
![]() |
| orang-orang yang terlibat dengan perkara tiga suku di kolej hahah a.k.a PIC (partner-in-crime) |
Takde motif sebab playlist aku tengah moody and sappy kbye. Adieu!
Update: Aku baru buat pictorial blog; so satu bulan satu post gaisss >here< takdelah pictorial sangat. Tunggulah masa aku berjiwang kat situ hahah




No comments:
Post a Comment