Assalamualaikum and hello xD
 |
| cuak sebab asing. |
Apa khabar Malaysia!
/berbaur homesick ke/ Dah sebulan + 21 hari (padahal hari post ini ditulis) aku di United Kingdom - jauhnya dari rumah, jauhnya dari kampung halaman, jauhnya dari keluarga. Daylight Saving pun dah tamat beberapa hari lepas so 8 hours difference dengan Malaysia.
Dah lebih daripada sebulan kot last aku dok update blog
khennnn, senang cakap aku speechless, postless sikit hoho. Kononnya nak update blog acah tourist haa padahal hari-hari terkejar ke sana sini. Maybe bila dapat sikit aura tu aku update bebanyak.
"I'm still adjusting."
 |
| meet my humble house and housemates ^^ |
Yep - masih berusaha menyesuaikan diri. Aku, Aimi dan Paah tak pilih duduk dalam universiti, gigih tak gigih la kan sebab malas nak cari rumah untuk 2nd year and 3rd year - duduk je luar 3 tahun terus kannnn hahahahah pastu berketul kita tiga heh semua buat sama-sama hahahah shopping groceries, jalan kaki ke Ikea for first 3 days sebab nak beli barang rumah (pinggan mangkuk semua)
Suhu kat sini memang tak boleh nak expect sebab nak masuk winter kan (ketika post ini ditulis)
Universiti
 |
| inilah 'pintu gerbang' uni |
Tak macam universiti kat Malaysia (obviously) - takde pagar and tetiba kau dah masuk kawasan universiti bila wifi eduroam or hotspot-secure connect dengan phone. Macam sebuah taman perumahan yang ada banyak jenis rumah (flet, teres, banglo, kondo) dalam satu tempat - itulah layout universiti kat UK.
 |
| Aku lalu je depan, tak pernah nak masuk pun hahahaha |
 |
| Depan Lab je ni hahahah |
 |
| Kat belakang tu chaplaincy @ prayer hall |
Friends
I made new friends! (acah) Selain Zura, aku kenal-kenal dengan geng group Personal Tutor and sikit-sikit bebudak kos aku tu. K tu aje - selain tu aku kawan dengan Malaysian yang selalu aku jumpa je.
(Malaysian yang aku tak jumpa, aku........ abaikan ini.)
 |
| Aiyok cer cari aku kat mana (geng KMB) |
And of course suddenly there's a huge wave of Malay Malaysian coming to Warwick -Malays banyaknya yang postgrads or permanent residents or Chinese Malaysian. 'MSA Mum' aku pun Chinese hoho comel je MSA buat family angkat untuk 1st year hahah
Lecturer memang best except time aku tak faham slang local - British selalu tak sebut 't' and few alphabets lagi so memang susah la aku nak faham kekadang tu. Important bunyi impor-enn, matter jadi mae'er, so aku memang rasa seksa kalau time local tanya soalan. Yang pasti lecturer aku setakat ni tak pekat sangat slangnya except personal tutor aku je (T.T)
Aku tak sure kalau universiti Malaysia ada lecture capture ke tak, but Warwick ada lecture capture in which yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar ke kelas sebab nanti boleh tengok video lecture capture je untuk belajar kat rumah/bilik.
Personal
I miss my sunshine, my bed, my family and friends hoho
 |
| there's a tiny moon |
Aku bukan nak buat orang lain jadi negative ke apa ke, tapi aku rasa Malaysia okay lagi hahah sebab Malaysia guna sistem penswastaan jugak kan & Malaysia guna sistem US jugak hahaha. Everything kat sini memang kena buat appointment, you can't really go and buy on the spot. Nak pi bank buat appointment, nak jumpa doktor pun appointment dulu - sakit today, tomorrow belum tentu dapat jumpa doktor. Taktahu la semua ni sebab monopoly and policy government ke apa ke.
Groceries sini murah; tempat aku cuma ada 1 kedai untuk daging/ayam halal - tak macam London, Manchester atau Nottingham yang macam Malaysian hub gituh. Sayur yang memang Asian je makan - mahal. (dan aku still tak jumpa sos tiram.). In a way, aku suka pi beli barang dapur sebab banyak mana aku spend, tak kurang dari 50 pounds setelah dibahagi sama rata - jangan convert kalau ke overseas sebab nanti you stress and you takde life hoho
 |
| "loving you was red" |
And yeah, aku still shopping online hahah sebab nak beli buku - Amazon & Speedyhen; beli barang-barang yang aku nak guna kat sini for 3 years. Bayangkan aku macam mental breakdown masa kat airport 23/9 sebab barang aku banyak yang kena buang from luggage - termasuklah VS mist aku yang aku memang nak bawak ke UK and.... okay taknak cerita nanti aku nangis - aku setakat ni bersih daripada bergenang air mata. Awal lagi kot walaupun dah nak nangis sebab mama cakap takyah la balik masa summer, nanti spend duit banyak -
taktahu lagi tu aku nak beli iPad nanti huh - aku harap aku boleh balik Malaysia masa summer nanti dan beli barang Malaysia yang takdak kat UK ni.
 |
| bukan selalu tengok abang Push yang hensem bersama akak Esther yang cun nih hoho |
Okay annyeong ciao goodbye - aku ada draft essay yang sepatutnya dibuat hahahah sampe ketemu lagi ya!
No comments:
Post a Comment