Sunday, 7 February 2016

Cerita gigi buruk

Assalamualaikum and hello xD

ChanHun OTP - I ship them as a type of cool friendship okay
Happy Chinese New Year gaisss..! 

Selain daripada wish tu, nampak sangat takde motif hahah. Cuti aku sikit je weh, kalau budak-budak sekolah cuti seminggu, aku cuti isnin dan selasa je. Beberapa jam lagi aku nak balik Banting dah pun hahah, saja aku beli tiket awal sebab murah pastu aku syak selasa tu jammed jalan nanti sebab public holiday rasanya sampai selasa je..

So KMB just ambil 2 hari cuti sebab public holiday pun 2 hari jek cuti.

So aku pun balik dengan segeranya sebab cuti sikit, kunun nak meluangkan masa dengan keluarga hahah awal-awal lagi mak aku dah berleter balik masa cuti sikit heh. Dalam tempoh ini juga, mak aku menggunakan kehadiran aku dan adik aku untuk buat macam-macam yang dia tak terdaya nak buat. tukar lampu, cuci lantai, cabut rumput, cuci lumut, etc. ye aku kurang buat kerja IB kat rumah sebab aku buat kerja yang IBU bagi.

K #hambar

Nak dijadikan cerita, aku ada motif balik rumah ni hahah first, aku nak gi jumpa doktor gigi. second aku nak beli kasut (ada sale beli la kan hehe). takde ribut, takde taufan tetiba nak pergi jumpa doktor gigi heh. ada la gerimisnya sebab tu aku nak jumpa doktor gigi. masa kat kolej sana nun, aku sakit gigi masa nak makan, nak kunyah pun rasa tak best gituh. aku pun moody dan berangin dan stress ditambah stress IB & KMB lagi... so aku taktahan dan berhajat untuk menatap doktor gigi.

jika anda tengah makan, sila habiskan makanan anda sebelum anda teruskan pembacaan

Aku prefer gi jumpa doktor yang lagi tua, as in tua yang ala-ala pakcik tu sebab aku rasa selamat and seolah-olah bapak aku yang doktornya hahah (cc: bapak mertua kah). So aku pun ceritalah kat doktor itu yang aku ni sakit gigi bila aku nak makan... weh seksa weh bila nak makan! aku rasa macam nak cabut gigi sebab sakitnya di gusi a.k.a dalam gigi... faham tak sakitnya tuh macam mana....?

Tak faham takpe, aku boleh relate haha

D: apa cerita?
A: gigi saya sakit masa saya makan.. saya syak gigi saya nak berlubang., gusi saya pun macam ngilu jek (sengih)
D: hmm bukak mulut, saya nak check.
D: hmm... hmm... ada sinus ke? atau salah makan ke? selesema ke
A: ada (minggu lepas aku dok selesema, pastu masa aku gi jumpa doktor ni hidung aku tengah gatal)
D: (ketuk-ketuk gigi)
A: uhmm.. baca : 'adui sakit doc!' /selang satu gigi/
D: hmmm.. gusi kamu sakit sebab hidung kamu sakit. gigi kamu pulak baru ada tanda-tanda nak berlubang, peringkat awal lagi. hari ni saya cuci gusi kamu dulu. nanti datang balik untuk tampal.
A: oh.. okay.

aku ingatkan cuci gusi tu just doktor tembak guna pressure cleaner ke apa ke.. sekali doktor tu dok tambah macam-macam dalam mulut aku ni pastu aku syak dia guna yang benda untuk ketuk gigi aku tadi kat gusi aku.. sakit gila! KAKI AKU MACAM EYY NAIK NAIK NAIK, AKU RASA MACAM KENA DENDA JAP MASA DOKTOR TU TENGAH CUCI GUSI AKU. TANGAN AKU KAT TEPI MACAM NAK TAMPAR JE DOKTOR TU EYY SAKIT WOI

K seyes sakit. Memang sampai berdarah gusi aku doktor tu kerjakan.. tapi tu kerja dia so yeah. aku tak sangka pulak gusi aku selemah itu hahahah anyway aku punya gusi tu sakit sebab hidung. baru aku tahu hidung ada relation dengan gusi, selama ni aku ingat gusi tu ada kaitan dengan otak je sebab saraf pun banyak kat gusi so nampaklah kaitannya dengan otak.. tapi seyes la gusi dengan hidung ada urusan baik punya.

yang bestnya aku dapat 'barang baik'. yang tak bestnya kena habiskan. nanti aku kena datang lagi untuk tampal gigi aku la pulak. yeah. dulu aku ketawakan chanyeol sebab dia takut nak jumpa doktor gigi. sekarang aku faham la kenapa dia takut.. sakit gila doktor kerjakan gusi aku...

sekarang dah bulan dua weh. IB EXAM bulan lima nanti... MASA TAK BANYAK DAH WEI! Ada masa aku post lagi haha


i miss you, seriously. where can i say this, to whom and when?
adios, annyeong, bye-bye ^^

now playing : Winner - Sentimental

No comments:

Post a Comment