Assalamualaikum and hello xD
Baru bukak ke? Patah balik sebab ada update sebelum ni hahahahahaa
![]() |
| ada tambah rakan baru dan ada rakan yang keluar. Atia dah tak sambung belajar kat sini; Faez pulak masuk kelas a14e dari a14d. |
SEMESTER
TIGA
Alhamdulillah,
JPA kekalkan aku dan rakan-rakan yang lain untuk sem 3. Comparing to INTEC
students yang kena buang berlambak-lambak tu, budak JPA kat KMB hanya
ditamatkan tajaan seramai tiga orang. Tapi kalau nak buat timbang tara nih,
rasanya budak JPA Intec yang kena tamatkan tajaan tu like really-really tak
study /well, I don’t really know how their system works but 8 and below are
considered as tak belajar…. Compared to IB nih, 30 pun belum tentu kena taja.
JPA was just looking for improvement/
![]() |
| mesti ada gak geng jemah aku nih |
![]() |
| dan jugak aswan si class rep - aku selalu matchmaking si aswan dengan paah sebab depa comel hahaha aswan ni suka ngorat si paah so aku bertindak sebagai president club - PaahXAswan |
In semester
3, we have IA and EE submission. We have also the CAS activity (of course) involving
clubs. Bebas masuk kelab apa saja, asalkan satu sukan satu lagi ikut suka hati
hangpa.( yang pastinya selain daripada kelab MERAJUK yang mengumpulkan anak
jati utagha). So kelab aku ialah MPAC dan Handball (Bola Baling). Bila
ada latihan handball je aku nak nangis sebab aku penat tapi aku, Alhamdulillah masih
pergi walaupun tak kerap sebab MPP Sukan tu agak bekeng (baca : cewey) pastu
asyik ugut itu ini so nak tak nak tetap kena turun padang.
![]() |
| PROPS MPAC TEAM - syafiq ada dalam gambar ni (sedang berdiri) so beware sebab dia hensem #akaksukakamu #syafiqnakpikoreaholiday #sebabtujeakaksukakamu |
![]() |
| junior kat sini; aiman yang depan, hanif yang peace tu. hakak : nina kat belakang hanif dan aimi belakang aku |
Tapi bila
join kelab MPAC tu jeng jeng jeng; aku rasa aku jumpa my other half gituh..
takde la sangat sebab aku ni seorang ahli PROPS iaitu manusia yang menyediakan
pentas untuk pelakon, penari dan penyanyi sajeerr. Itu je la kan tapi aku suka
la walaupun sebenarnya penat. Untuk teater ! /gimik je lebih/ Kelab MPAC ni la
yang menyebabkan aku kenal sikit-sikit junior. Kalau tak hmmm sampai graduate
pun aku tak kenal junior. Takde la ramai tapi sampai sekarang Alhamdulillah masih
bertegur sapa hmmm hahahaha. Mau taknya kalau dah jadi satu team props pastu
bersama-sama kutuk orang (nauzubillah, don’t try this at home), mau taknya
kekal bersahabat gituhh. So aku dan geng MPAC yang lain turut turun padang
menonton teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
![]() |
| aku je pakai baju kurung sebab aku malas nak berseluar masa gi tengok teater kat Istana Budaya hahahaha |
Aku rasa
aku ni dah banyak kali ulang benda nih hahaha. Tahun 2015 ni banyak la yang aku
belajar. Belajar uruskan diri kat airport, belajar naik LRT, ERL dan KTM. Pastu
aku jugak banyak explore tempat baru, misalnya Kelantan, KLCC, Bandar Bangi
(rumah cousin aku), Bandar Banting, Alamanda, IOI City Mall, Mitsui Outlet, Stesen
bas kat KL tu (Stesen Pudu/ Plaza Rakyat), Subang Jaya (tempat IELTS)… /Bercakap
tentang IELTS, aku tak pernah lagi dengar ‘ten minutes’ sebagai ‘tiin minutes’. This happened okay, I’m not
joking./
Semester
tiga ni aku rasa aku banyak explore, sama ada explore kawasan baru atau explore
benda baru kat internet. Ye la kalau hari-hari mengadap internet untuk tambah
bahan belajar, tak ke dapat benda baru. Aku beli MiFi UMobile tapi baru-baru ni
aku rasa kolej dah dapat peruntukan untuk pasang WiFi kat kolej / selain
daripada palang/. Kolej aku tu aneh sikit, tetiba ada palang untuk prevent
kecurian. Yang takleh blah sekali, palang tu kat tengah alam jalan ke blok
pelajar. Kunun nak jaga keselamatan, padahal kalau ikutkan kot celah mana pun
boleh jadi jugak hmmm…dan aku juga dah develop perangai suka selfie. Kalau sekali selfie tu boleh dapat 20 gambar dan ke atas. Apa nak jadi nih hahahaha kalau ikut aku main post gambar kat insta tu maunya orang rujuk aku dengan kaunseling.
![]() |
| from left : paah, anis, aimi and nina and syaza kat belakang. nina ni deskmate aku hahaha, aimi roommate aku, syaza and paah ni jiran aku and aimi = the setinggans. |
Welcome 2016, Welcome Semester Four = ROAD TO UNITED KINGDOM AMINNNN
Okay, off to work insyaaAllah :)
Sekian
terima kasih, annyeong !








No comments:
Post a Comment