Anda Pentenaga (Energizer)
Anda seorang yang benar-benar tulen dengan rasa humor yang menyenangkan dan suka melakukan sesuatu secara spontan. Anda seronok untuk didampingi dan suka memainkan penting dalam sesuatu aktiviti.
Anda seorang yang serba boleh dan bersikap positif terhadap kehidupan. Keghairahan dan semangat anda bermakna anda sukakan pengalaman dan idea-idea baharu. Kepelbagaian pastinya memberi kelainan dalam kehidupan anda.
Kehidupan mungkin terasa manis pada ketika ini. Anda tahu bagaimana menerima yang baik dengan yang buruk. Sikap yang seimbang ini bermakna anda berasa betul-betul selesa dengan diri anda.
Kadang kala anda bekerja secara berterusan tanpa henti, jadi adalah penting anda mendengar suara hati anda yang berbisik secara perlahan dengan kata-kata seperti 'berehat' atau 'cuba sesuatu yang baru.' Luaskan horizon anda supaya anda terus berkembang, tetapi pastikan juga anda memperuntukkan beberapa ruang dalam jadual anda yang padat untuk mengecas semula bateri anda. Dalam saat-saat yang tenanglah kita benar-benar dapat mengenali diri kita. Pastikan rentak kehidupan anda tidak menghalang anda daripada merenung kembali kehidupan anda secara jujur.
Jangan nafikan diri anda perkara yang anda tahu boleh memberi perubahan kepada perasaan anda. Pastikan anda mengatur masa untuk berseronok secara tetap, ia merupakan sumber kekuatan yang hebat dan benar-benar mampu merangsang semangat anda.
Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem.
Adalah sukar untuk anda memilih satu perkara yang paling anda ingini dalam kehidupan. Dalam dunia yang ideal anda akan memiliki segalanya. Dan anda bersedia untuk bekerja keras bagi mendapatkannya. Juga tidak kurang pentingnya, anda dapat mengejar impian dan cita-cita anda, jika tidak, anda mungkin berkesudahan dengan kekecewaan.
Kalau nak cuba buat, klik sini. Energizer ? Such a joke, I think. Agaknya kalau Chanyeol atau Ken ambil ujian ni, apa result yang depa dapat ehhh?
No comments:
Post a Comment