IGNORE MY FACE ASAP. Nampaknya bias list aku berubah lagi...
Tarikh hari post ini ditulis : 01 01 2014. Walaupun sebenarnya aku masih duduk berjaga tepat jam 12 semalam tapi aku tak dapat nak buat post hahaha. Setakat meronda twitter daaaan wechat plus ask.fm tu je laa. Inilah nasib orang takde laptop hahaha PC pulak arwah dah lama. Kesian betul dengan PC aku tu. Monitor gelita lepas loading windows, tak rasa bengang ke macam tu
Memang tak produktif betul, kan ? Post ni datang dari phone hehehe.
What is my resolution for 2014 ?
Jeng jeng jeng
Setiap tahun aku tulis azam di awal tahun tapi tahun ni bukan tak nak tulis tapi biarlah rahsia macam Datuk Siti nyanyi gitu.
Rasa pelik bila tahun ni dah tak kena sibuk-sibuk pasal sekolah. Selalunya aku la yang dok serabut kepala nak habiskan "buah tangan" last minute tu. Tup tup tahun ni tak payah fikir pasal sekolah. Majoriti kawan aku dah pergi bekerja hahaha melainkan aku yang masih terperuk di rumah (sebenarnya masih dalam proses membuat lesen memandu)
Mak aku tak kisah pun pasal nak kerja ke, nak buat apa pun asalkan berfaedah jadilah. Aku niat nak belajar bahasa asing haa bahasa jepun ? Kalau bahasa korea tu aku ada basic cuma nak mantapkan lagi tatabahasa dan kosa kata (cis bajet berlagak). Tapi aku takde partner nak cakap hahahaha dan aku takut lupus macam tu aje. Belajar bahasa cina pun okay jugak. Taklah jakun sangat bila dengar orang cina dok sembang hahaha.
Tapi kena tengok la jugak kelas bahasa ni kat mana.
But ! The most important thing is licence ! No licence no going anywhere hahaha. Actually aku harap sangat lesen aku dapat siapkan dalam masa yang singkat sebab aku nak cuba meronda Pulau Pinang tambah-tambah bila nak dekat Tahun Baru Cina nanti. Aku kan ada satu obsesi dengan warna, lampu dan malam. Yes hahahaha.
Cherish every moment and seconds, who knows what will happen next ^^ pada tahun 2014 ni, diharapkan banyak perkara indah berlaku especially result SPM tu.
Tingkatkan pahala kurangkan dosa ♡
Feel free to read and comment to this preview. Aku rasa aneh nak berkarya lepas aku tinggalkan penulisan di bangku sekolah
안녕 ^^

No comments:
Post a Comment