Saturday, 7 December 2013

Melaka to Putrajaya to Shah Alam

Assalamualaikum and hello :)

Macam yang aku kata, aku nak post pasal trip lepas SPM ni kan. Hehehe, kami pergi Melaka, Putrajaya, dan Shah Alam. Kalau post gambar saja tanpa cerita, confirm tak faham kan dan kalau post cerita saja kurang menarik hahaha. Okay I'll do both ^^
Warning : Super long post ^^

3 Disember 2013 - Pagi-pagi lepas subuh lagi kami dah kena berkumpul di sekolah, ye la kan nama pun nak berjalan jauh, mula-mula target ke tempat paling jauh dari Pulau Pinang, ya Melaka. Kami sampai Melaka waktu petang hahaha banyak tempat bas berhenti hee. Tempat pertama yang kami singgah ialah Perkampungan Hang Tuah. Pakat tengok-tengok la kan perigi Hang Tuah tu cemana, airnya jernih, kami siap teguk air tu haha. Tapi yang tak bestnya lepas tu ada orang buat benda tak senonoh kat perigi tu. Kalau tak salah aku la kan,  tak mudaratkan air perigi tu pun (tak jejas sebab nisbah air suci banyak). Aku dok melawak dengan sorang pakcik tu hahaha aku kata minum air perigi ni entah-entah jadi gagah perkasa hahaha.

Perigi Hang Tuah

Derping dengan Syiffa heheh

Syu dengan perigi 
Okay ramai-ramai senyum tengok kamera.

Syiffa tengah buat candid hehehe
Aku tertanya-tanya kenapa ejaan macam tu ehhh

Penginapan kami di apartmen Casa Lago (koperasi polis punya) dan memang cikgu susun plus sumbat kami hahaha satu apartmen 18 orang. Apartmen tu ada tiga bilik, satu bilik ada lima hingga enam orang. Dua katil dikongsi enam orang, bayangkanlahh.. tapi bersyukur la kan daripada kena tidur dalam bas ke, mandi di tandas stesen minyak ke. Malam tu kami makan kat Agib's .... (lupa la pulak nama tempat tu.) milik anak orang kenamaaan la jugak, aku rahsiakan sebab aku tak kenal hehehe.


 Lapar tapi sempat buat selca hahaha

Muka gembira lepas makan

Lepas tu, pakat-pakat ke Galeri Seni la kot namanya (serius aku lupa sebab dalam kepala dok excited nak naik River Cruise heee), ada yang dah shopping kat situ. Aku shopping bracelet je, tu pun lekat warna kat tangan aku hahaha.
Atas bot dengan Syuhada


Cantik tapi tak tergambar dengan kamera phone yang nak habis battery ni ^^

Aktiviti sebelum balik ke apartmen, ya tentunya River Cruise di Sungai Melaka dengan harga RM 8. Air sungai tu sebenarnya air laut hahaha aku memang dah suspek air tu bukan air tawar. Malam-malam bandar Melaka tak berapa nak hidup macam Pulau Pinang hehehe. Tapi setakat lampu cantik-cantik tu memang ada lagi la kan (kang marah orang Melaka kat aku hehehe) dalam hujan yang renyai itu kami menyusuri Sungai Melaka ^^ sambil menikmati udara malam.

4 Disember 2013 - Hari ni cikgu pesan kami akan ke Nilai, tapi sebelum itu singgah dulu kat Taming Sari ehh Menara Taming Sari. Best hahaha syarat nak naiknya jangan tengok bawah okay. Aku nak naik banyak kali actually T.T - Sekali naik RM 10 ye. Menara ni berpusing haaaa tapi tak pening pun pusing-pusingnya.


Kiri : Selca dalam bas dengan Syu dan Syiffa. Kanan : Inilah Menara Taming Sari

Ignore muka aku yang setengah tu. Sebelum kami naik ke atas.

Tak bergerak lagi Menara Taming Sari ni.
The view of Malacca from Taming Sari.

Lepas tu, ada masa lagi kami ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade (shopping complex). Disebabkan cikgu pesan kena ada kat bas tepat jam 11, maka kami pun memang terkocoh-kocoh la jugak hahaha. Bayangkanlah 30 minit di Dataran Pahlawan daaann 15 minit di Mahkota Parade ! Ala-ala Runningman pulak rasanya. Dataran Pahlawan aku beli beg dan Mahkota Parade aku beli novel.

Lepas tu ke Nilai. Kat situ, aku terima order daripada mak aku hahaha aku ronda-ronda la jugak untuk dapatkan barang yang mak aku nak tu. Memang aku mintak harga hahaha. Berjaya dapat jumlah wang yang dibelanjakan kat situ di bawah RM50 ^^. Lepas habis borong kat Nilai, kami pun teruslah ke Putrajaya. Sampai di Putrajaya, kami singgah solat kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, serius memang cantik huhuhu. Aku dan Syu solat di tingkat atas sebab kami ikut arahan kat lif tu. Yang lain solat di ruang terbuka hahaha memang kami rasa aneh sebab takde sapa pun yang ikut kami.





Syiffa menjadi model sebentar.



Haa masa nak keluar tu....kami sesat ! Seronok sangat mengambil gambar sampai tak sedar dah lewat hahaha. Sebenarnya jalan yang kami guna tu dah betul, cuma kena jalan ke kanan lagi baru la nampak bas. Memang kecoh la jugak, pakcik guard kat situ gelakkan kami hahaha. Nasib baik dia habaq arah kat kami, kalau tidak memang pakat-pakat pucat dah hahaha. Disebabkan penat berlari-lari mencari pintu keluar, kami tak turun masa kat Masjid Putrajaya tu hahaha, tak boleh masuk pun. Setakat ambil gambar kat luar tu je.

Lepas tu selesai sesi fotografi kat Masjid Putrajaya, terus kami ke Integma (ke Intekma namanya), apartmen jugak hehehe. Yang kali ni luas sikit rumahnya, ada tiga bilik hahaha, master bedroom dirembat enam orang, bilik seterusnya empat ke lima orang entah, yang bestnya Hanim dan Zatul yang tidur sorang satu katil dalam bilik depa hahaha. Tapi pengetua pesan suruh letak beg saja kemudian turun ke bas tepat jam 8 hahaha sebab terus nak ke I-City Shah Alam. Memang nak marah la jugak kan sebab kami tak dapat mandi dulu hehehe tapi memang kena faham la yang kami kena kejar masa ^^.

Masa kat I-City, aku, Bat, Zani dan Syiffa dah plan nak masuk Snowwalk. Aku dan Bat tak masuk pun masa trip form 3 dulu, alang-alang ada peluang kedua, rembat je la kan hehehe. Mula-mula masuk tu tak rasa apa sangat, cuma anginnya agak menusuk sikit. Dah beberapa minit meronda kat dalam tu memang sejuk yang amat hahaha pakat-pakat kebas tangan dan kaki hehehe.


Penguins ku hahaha


Gambar ketar sebab sejuk. Bajet nak buat silhoutte hahaha




Aku suka warna yang terbias dalam ice ni semua ^^

Membuli Syiffa in Igloo house ^^



Don't know why but I really like this picture ^^

Masa main slide kat dalam tu, ada abang photographer tu minta kami duduk kejap kat tangga untuk ambil gambar hehehe kami pun dengan bendulnya senyum hahaha. Then bila kami turun first slide, abang yang pegang penyodok salji tu suruh naik slide yang seterusnya pulak. Bila kami selamat sampai ke bawah slide yang kedua, dengan gembiranya abang tu campak salji masin (garam tu hahaha) kat kami. Aku yang tengah ketawa tertelan garam tu sikit =.='

Lagi sakan la abang camera tu ambil gambar kami yang dibuli buat kali kedua hahaha abang penyodok tu campak salji masin buat kedua kalinya bila dia kata dia tak buat dah. Memang sejuk dan gatal sebab salji masin tu berjaya masuk ke dalam kasut kami hehehe. Then Syiffa ajak main kerusi skating. Aku memang fail bab ni tapi aku main jugak hahaha. Aku kan memang bising dari azali hehehe mungkin sebab tu la kan abang kamera tu cari kami lagi. Aku dapat free solo capture dan Bat plus Zani pun dapat couple shot tapi depa tunduk memanjang haha. Aku tak tau apa yang depa nak buat dengan gambar aku tu.

Lepas keluar dari situ, kami main bot berayun ala-ala Viking Boat. Aku memang menjerit tak ingat dunia hahaha aku rasa serammm tapi aku suka heee. RM 5 per person, memang macam budak-budak la aku ni main jerit-jerit. Geng aku yang duduk opposite memang pecah perut tengok aku hehehe. Yang lain actually tahan jerit dalam perut je, tak macam aku yang capai octave ke berapa aku pun tak tau hehehe. I-City kalau tak ambil gambar memang tak sah la.



Aku suka gambar ni haaaaa


5 Disember 2013 - Memang sedih trip dah nak habis tapi sebelum itu kita shopping dulu hehehe. Masa perancangan awal cikgu kata nak pergi Berjaya Times Square tapi pengetua tak bagi la pulak, katanya payah nak kawal pelajar. Jadi mula-mula menapak la kami ke KLCC dalam tempoh sejam sahaja. Aku pecut sedaya upaya mencari kedai kat dalam Suria KLCC tu hahaha kawan-kawan aku tarik muka sebab aku memang pecut 150 km/j okay just kidding. Aku borong tiga novel kat Kinokuniya ^^

Look at Hanim hahaha seronok dia capture image food tu
Tengok muka orang sakit tu hahaha. Kat belakang tu komik yang tak diterjemah lagi ^^ Best tak Kinokuniya ?


Kiri : Partner aku, Fiha dalam bas pada hari ketiga, hari pertama dan kedua dia naik bas lain. Kanan : Syiffa dan Syuhada yang teman aku buat bising.

Lepas tu pergi Jalan Tunku Abdul Rahman a.k.a Jalan TAR. Aku borong tudung kat sini lepas Nad bawa kami makan roti nan yang paling best kat situ. Aku order Cheese Nan, mula-mula kami expect cheesenya akan buat kami muak, tapi realitinya tidak ! Sedap hehehe taulah aku kan suka makan makanan Itali.. Nak order pun lawak hahaha ane kedai tu tak faham apa yang kami nak. Aku yang ulang baca order kat ane tu. Tudung kat sini cantik-cantik tapi tak boleh lawan dengan tudung yang dijual di Nilai. Selepas selesai beli-belah, baru la kami bertolak pulang ke Pulau Pinang.

Sebelum semua pakat-pakat belayar ke Neverland. Ignore apa yang ada kat atas kepala aku tu.

Review : Aku memang suka trip ni sebab bebas hahahaha bayangkanlah kami buat sesuka hati je walaupun naik bas cikgu. Yup bas aku majoriti cikgu, students cuma ada 16 orang tapi kami yang conquer. Bas lagi satu penuh dengan pelajar, cikgu dua orang, penyelia (Mama) dengan anaknya seorang. Bas kami dikira bas budak-budak hehehe yelah anak-anak cikgu memang buat bas tu macam rumah hahaha termasuklah kami yang kurang matang walaupun usia dah 17 tahun dan nak menginjak kepada 18 tahun ^^ Sedih la rasa sebab ini trip terakhir dengan sekolah plus rakan-rakan yang memang sekepala hehehe. Lepas ni pakat-pakat bawa haluan sendiri. Kalau rezeki kita akan stick sekali ^^
Lepas trip ni semua pakat-pakat jadi rockers ^^ aku memang tak sihat terus sebab aku memang dah agak dah apa yang nak jadi awal bulan ni kan.. hehehe annyeong bye :)

Bukan usia yang mematangkan kita tetapi pengalaman :)

No comments:

Post a Comment