Friday, 6 December 2013

First opening after SPM yeay ^^

Assalamualaikum and hello :)

P/s: ignore the posting time please.

Going to miss these a'dork'ables :)

In the first breath, say Alhamdulillah sebab SPM dah selamat aku lalui. Tahun ni tahun SPM yang paling banyak kontroversi, kan ? Mula-mula, ada yang tak sempat nak habiskan kertas masing-masing dan dijemput pulang oleh Allah. Lepas tu, kontroversi kertas soalan bocor. Addmath dan Math - no comment. Yang aku tahu, sekiranya kertas soalan yang berlabel sulit barulah dikira sebagai bocor. Sekadar kertas latihan, ia dikira idea yang sama.

Close the SPM controversy thing and wait patiently for the result.

Aku tak tau apalah result aku nanti. Kertas subjek yang memang buat aku gelisah - BM, Addmath, Fizik, Bio - especially Bio dan Fizik. Ahh memang aku tak boleh aman la sekarang, walaupun dah buat macam-macam, ia macam nightmares every night. Tapi memang aku akui la kan, SPM tahun ni ialah tahun kontroversi. Tahun masalah. Tahun hormon tak stabil. Tapi ni jugak tahun otai.

Tahun otai ?

Aku bukanlah otai sangat tapi aku selalu pergi sekolah lambat. Adik aku dah mengira hari kembali ke sekolah, aku dah tak tahu nak buat apa actually. Yelah, selama ni dok sibuk nak beli itu, beli ini, buat itu, buat ini, tup-tup dah tak perlu pergi sekolah. I'm a school-person, yeah something like that. And my days are going to be different than it used to be. Plan aktiviti lepas SPM tu masih aku jalankan tapi sekarang aku ada doubt - mak aku suruh cari partner untuk pergi study language.

Jauh di lubuk hati, aku tak tau nak ajak sapa dan adakah kawan yang aku ajak tu nak pergi belajar lagi ? Yelah kalau tengok pattern sekarang, semuanya benci belajar. Tetiba aku nak ajak pulak kan? Tapi kita kena mencuba dulu, right ? Nanti la aku survey. Yang projek lesen ni pun satu hal jugak, aku tak tanya kawan-kawan aku lagi pun nak daftar kat mana. Tok aku suruh balik ambil lesen kat kampung, boleh jugak duduk dengan dia.

Aku tak nak ke mana-mana sebenarnya selain rumah.

Tapi tok aku tu memang macam perlukan aku je, sebab dia tahu aku je yang balik pegang penyapu dan cuci rumah dia. Mak aku pun tak buat macam tu. Aku bukan apa, aku tak betah dengan habuk - more to allergic. Banyak betul benda yang aku allergik - udang, habuk, etc. Okay, aku niat kalau aku dapat lesen, memang terus aku balik kampung dengan kereta hahaha dengan barang apa yang aku nak bawa dalam kereta - I can't imagine that.

Aku rasa macam nak pisahkan isu-isu blog ni - maksud aku, topik dalam post. Tau tak isu apa yang aku tak bincang langsung dalam post kali ni ? Tak tau ?  It's okay if you don't know. You'll know in my other half - twitter acc or another blog.

P/s : If you read this, I just want you to know that I always appreciate you as my friend - even now you deleted me from your mind, planted the seed of hatred in your heart towards me and reluctant to give forgiveness. Let bygones be bygones, that is my principle - I had forgiven you of what you've done and I hope you'll do the same. I will always pray the best for you and may Allah bless you.

Should I post about my trip ? Later, folks. Later.

Okay bye.

No comments:

Post a Comment