Gambar Luhan selalunya cantik :)
Aku sedang mencuri masa haha. Aku baru je plan nak buat nota Bio dan aku buat jadual kecil dalam kepala. Aku putuskan hari Rabu dan Sabtu ialah hari aku bukak komputer a.k.a online. HMM TAPI IKUT PADA KEADAAN JUGAK. Kalau aku kena buat research ke apa ke, aku bukak la. Mak aku cadang nak hantar aku pergi tuisyen Jana Gemilang. Ambil Fizik. Nanti la aku selidik kat kawan-kawan yang pergi tuisyen tu. Result UP 1 aku membimbangkan la jugak. Nampak je aku relaks, oh no way man. Gila kau ! SPM tahun ni ! Tahun ni jugak banyak betul komitmen yang aku kena bagi. SPM la turning point aku. Sama ada turun atau naik. Semua ada dalam tangan aku.
Kenapa aku rasa aku macam nak tampar-tampar je Chanyeol ni?
Aku memang tak puas hati. Memang lambat betul reaksi ahli-ahli aku. Aku kena pimpin 125 orang. 126 kot. Entah, aku tak boleh kira. Dalam semua tu, tak ada seorang pun yang aku nampak nak berikan kerjasama 100% kecuali aku. Kawan-kawan sendiri pun, malas bebenor. Aku faham semua orang letih dengan jadual sekolah, aku pun. Tapi takkan la komitmen untuk 1 1/2 jam pun tak boleh nak bagi?
Hari Isnin ni aku pergi lawan debate. AHHHHHHH MENAKUTKAN..! Semua orang kata team debate boleh menang. Yakinnya... Aku sendiri pun tak berani nak kata apa. Teacher target untuk ke final. Insyaa-Allah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi aku nak menang second place aje. Kalau first place, aku kena keluar lagi lepas ni. Tak seronok ponteng kelas pada tahun kritikal.
Siapa dah dengar lagu Teentop - Missing You ? Aku sebagai seorang perempuan memang tak boleh terima lagu itu. Ada ke patut aniaya orang macam tu? Kau rindu dia, dan kau nak jadikan girlfriend kau bayangan sebijik macam ex kau dulu? Oh no way man. Minta-minta aku dijauhkan dengan orang yang macam ni.
Aku tak tahu apa yang Chanyeol fikir masa kastam buat body-check kat airport. Boleh dia sengih macam nak sampai ke kepala dia tu..
Aku selalu online tengah malam, kawan-kawan aku semua dah diulit mimpi. Nyenyak eh korang tidur. Jangan buat peta dunia kat bantal sudah. Nantikan saya pada hari Rabu di Twitter dan hari Sabtu ke Ahad di Blog.
Bye-bye.



No comments:
Post a Comment