Friday, 29 March 2013

Okay kenapa panjang sangat


Assalamualaikum and hello xD.


Haa..mental breakdown. Aku tengah kumpul SHINee Wonderful Days, sekarang baru episode enam. SHINee pergi melancong yeah ! Episode tujuh dah keluar 26 Mac hari tu tapi akak Ally tu tak upload lagi episode tujuh yang dah subbed. Ada sepuluh episode semuanya, kena download awal-awal, nanti youtube block. HEHEHEHE.

Jonghyun pergi Jepun, Onew pergi Krabi Thailand, Taemin pergi Switzerland, Key dan Minho pergi England. Seriously, aku suka trip Minho dan Onew. Key? Aku tahu sepatutnya aku minat trip dia tapi dia tak buat plan betul-betul, oopss, free je komen berapi aku. Semua hadapi masalah kat airport. HAHAHAHA.

Onew ha pergi Krabi. Beg dia hilang kat airport sebab dia silap jalan kot. Terpaksa la dia ke custody. HAHA. Awal-awal lagi dia mesej mak dia, "Mak, saya dah sampai kat Krabi." Hoh, comel. Onew kata, dia tak faham, kenapa musim sejuk member yang lain pergi ke tempat musim sejuk jugak? Pergi la tempat panas ke. Pandai kau Onew. Aku memang teringin nak pergi Thailand, tambah-tambah bahagian pulau yang air biru nampak ikan tu.

Key pergi London, dia duduk guest house. Key jumpa kawan dia Cari, fashion designer dan mintak buat jaket kat dia untuk konsert nanti. Hoo, pandai dia cari orang. Key asyik kena tipu je, seronok la jalan kat Nottingham tu kerana ada dalam filem kegemaran dia. At last, kena tembak free aje, mana sama dalam filem tu pun. Kat situ orang tak berapa kenal KPOP. Then Key dan Minho prank orang kat situ masa kat ice skating rink, "we are visuals. we don't sing." Okay, Minho boleh la kerja visual tu, but you Key ?  Seriously? HAHAHA, IT'S OKAY. YOU'RE JUST DIFFERENT.

Minho pergi London, dia jumpa Park Jisung, masuk dalam TV Korea masa perlawanan bola tu. HAHA memang ah dia tu. Malam pulak dia ronda London Eye, bayangkan lampu cantik banyak-banyak. WAHHHHH. Minho naik carousel macam mimpi aku je. We do have a lot of similarities. But then Key telefon Minho sebelum dia ke Manchester. Pelik kan, dulu deme dua la bergaduh bagai nak rak apartmen tu, tapi at last deme dua la kawan paling rapat sekali.

Jonghyun pergi Jepun, makan banyak der. Dia tu spend duit banyak hoo. Masa dia ambil gambar kat kapal Gundam tu, dah kena duit banyak. Tapi dia jumpa dengan Cannon Machine dalam One Piece tu kan, memang real asap yang ditembak tu. Aku tabik springg dengan kartun tu. Masa Jonghyun jalan-jalan waktu malam tu, memang cantik giler lampu-lampu tu. Oh, kalau pergi dating memang daebak ah !

Maknae Taemin pulak pergi Switzerland. Merapu betul dia tu. Ada ke patut dia baring atas salji lepas tu gedik-gedik masuk dalam air panas. Entah apa-apa. Dahlah dia kena tegur dengan staf kereta api sebab dia tak tulis tarikh. Tegas betul akak tu. Then, Taemin buat macam mana entah, dia nyaris hilangkan tiket kereta api, kalau hilang tiket tu, empat hari dia tak boleh naik kereta api.

Aku rasa list bias aku akan berubah lagi. Kenapa aku kata list bias aku macam akan berubah? Aduh. Atuk Gyu dah mendominasi. Tapi Chanyeol duduk top sekali. Key pulak duduk sama dengan Chanyeol. Baekhyun, Luhan, Lay. ADUH...! Aku belum siap skrip debate,  cayalah. HAHAHAHHAHAHAHA. Kerja sekolah pun tak siap lagi. Aku tau esok sehari confirm burn punya.

Aku cakap kat mak aku, "Akak buat tak tau je dengan kerja sekolah."
Mak aku , "Hey, tak bolehla macam tu."
Aku, "Kerja sekolah kalau diikutkan sampai bila pun tak siap, cikgu asyik tambah aje."
Mak aku diam je. HAHAHA.

By the way, Chanyeol comel giler dengan style baru dia tu. HEHEHE. Sebab akak stylist buat bagi comel ha. Baekhyun pun comel jugak dengan rambut blonde tu. Internet slow ni. Mesti sebab adik aku tengok Sehangat Asmara semalam. HAHAHA AKU GUNA BANYAK SANGAT. Anyway aku berjaya siapkan Forgotten Sunflower Chapter 17 tadi. HARI TU AKU MENGANTUK YANG AMAT, SAMPAI APA YANG TV CAKAP AKU TAIP. Huh. Memang cabaran ah.


No comments:

Post a Comment