Saturday, 27 April 2013

long update !


Assalamualaikum and hello xD

Oh hai. Aku tak ada idea nak update haha. Aku letak gambar kot-kot dapat idea nak bercerita. HEHEHE. Hari ni sebenarnya Hari Koku kat sekolah, dan aku mengambil bahagian dalam merapu-rapu, gubahan la. Aku ada cakap kat Syu, kalau kita menang memang lawak sebab budak Sains menang gubahan. Masin mulut aku, Allah bagi menang haha.


Yang ni masa aku pergi melepak kat sekolah adik aku. Aku berat hati la jugak nak pergi duduk kat situ sebab aku tak suka pergi menyibuk kat sekolah orang. Tapi memandangkan aku teringat Khairan, aku te"RASA" nak pergi. Tapi Khairan pelapis ketiga ja yang ada. Aku nak tengok Khairan pelapis kedua depan mata aku (crying). HMM. Adik aku kata, Khairan pergi Langkawi masa tu, depa menang tau ! Tahniah Khairan ! Aku tunggu video hampa kat Youtube. HAHAHA

Okay, yang ni masa aku pergi masuk hutan paya Wetlands kat KL sana nun. Tengok badak depan mata. HAHAHA. Aku pergi reunion abah aku. Dah berjalan jauh, pergi je la. Tu kawan abah aku dengan musang apa entah, jinaklah jugak. Aku pegang la jugak. Tapi dia asyik nak panjat aje. Musang la katakan. Eh dia memang la musang.

unicorn vs deer.

Aku macam nak buat oneshot tapi memandangkan idea aku cepat hilang, aku dah tak ingat cerita apa yang aku nak buat. Hmm. Chapter 2 - Why So Serious : Misconception of me dah keluar !! Online album la. Isnin ni offline album, maksudnya CDs akan dijual Isnin ni. Okay, macam aku dah bagitau, Chapter 2 has darker vibe. Aku suka lagu Evil, Like A Fire, Why So Serious (confirm kena suka), dan Dangerous. Aku tak berani sangat dengar lagu Orgel, melody dia agak menyeramkan. Memang komposernya buat lagu tu misteri sikit tapi aku tak sanggup dengar malam-malam.

MV dah tengok? Apa jadi dengan Onew kita yang baik tu ? Aku sedih takde part Jjong-dinosaur tu. Dalam mp3, memang ada tapi nanti bila dia dah okay, kau tak nak bagi dia promote lagu tu jugak ke SM? Takkan dia nak melapuk kat umah sampai habis promotion? Lagu Evil tu rupanya lagu yang menggambarkan mimpi buruk (Nightmare). Haha, kan ada lagu Nightmare tu. Hah, Nightmare seram jugak. Who's knocking at my door... Lagu Can't Leave tu Changmin (MAX TVXQ) yang tulis. Patut jiwang semacam aje. HAHAHA.

dia ni kan... tempat duduk di sebelah kiri kerusi ada ruang lagi. nampak sangat tak boleh berenggang dengan Baekhyun HAHAHA

Jangan tanya pasal EXO. Entah kita dah raya puasa pun belum tentu deme nak buat comeback. Aku tak jumpa la gambar HD kanak-kanak EXO main troli kat airport tu. Bila nak diupdatenya yadooi. Tae-mushroom masuk We Got Married tu kan. Habis SPM nanti aku tengok. One Fine Day dah habis ! Tapi aku tak habis tengok lagipun. AKU LUPA AKU STOP KAT MANA ENTAH. Nasib baik aku download je. Boleh aku ulang tanpa aku online AHAHAHA.

Aku nak tutup blog. HEH. Tunggu la. Lepas ni korang cari aku kat tempat lain tau. Oneshot tu aku fikir banyak-banyak dulu. Forgotten Sunflower tak boleh diupdate lagi hahaha. EXAM DAH DEKAT HOOOOI

Annyeong xD

No comments:

Post a Comment