Friday, 8 March 2013
Update kejap ha
Assalamualaikum and hello xD
Finally, habis jugak ujian prestasi 1. Sedikit sebanyak, aku rasa menyesal sedikit sebab aku study memang betul-betul last minute punya. Beberapa minit nak exam tu, baru aku bukak buku. Haiyaa, kalau ini macam aah, SPM macam mana mau score maa? Betullah, aku rasa memang aku kena ubah style belajar, asyik last minute macam la semua nak masuk dalam kepala...? Dapat result nanti jangan sedih ya.
Esok ada hari Kantin kat sekolah. Aku uruskan dua gerai, Puteri Islam dan English Club Society. Tapi esok jugak aku ada perlawanan Petanque Angkasa tu. Jadi tak dapat la aku berniaga esok. Eh, aku kena bawak steamer elektrik la pulak. Sarung tangan plastik tu mak aku tak bagi bawak semua, dia suruh bawak untuk tiga orang saja. Aku tak jaga gerai pun, sebenarnya aku suka tengok duit keluar masuk, sebab tu aku memang minat jual-jual benda ni. Tapi aku nak main Petanque untuk tambah markah Koku aku . T.T
Forgotten Sunflower Chapter 14 dah siap. Aku sebenarnya pening jugak dengan jalan cerita nya, walaupun aku sendiri yang tulis. Diharap ada komen-komen yang membina supaya aku boleh menulis dengan lebih baik.
Comeback EXO dah nak dekat. Ada yang kata depa filming kat universiti tu untuk MV tapi ada jugak yang kata untuk drama amende entah. Comeback depa asyik delayed aje, sekarang katanya bulan April pulak. Hey, tak clash dengan SHINee Dream Girl Chapter Two Misconception of Me ke? Mula-mula aku tengok peminat update tentang Kris berambut pendek ala-ala botak tu, aku tak ambil peduli sangat sebab aku memang letak Kris di luar PASUKAN BIAS . Dulu aku pernah la jatuh hati sekejap aje dengan dia tapi PASUKAN BIAS menarik aku semula. HAHA APAKAH ?
Lepas tu, aku tengok Luhan buat rambut kelabu silver, Sehun buat rambut ungu, kalau tak salah aku. Baekhyun buat rambut coklat caramel, tapi Chanyeol betul-betul lindung rambut dia. Masa aku tengok gambar dia pakai cap dan hoodie tu, memang aku agak dia tak nak peminat tahu rambut dia macam mana la kot.
TAPI TADI AKU TENGOK GAMBAR KAT TWITTER, HOOOOOOOOOO. PENDEK MACAM RAMBUT KRIS TU ! MEMANG PELIK YANG AMAT. AKU INGAT MINHO POTONG RAMBUT DIA SAMA MACAM ERA LUCIFER DULU, RUPA-RUPANYA CIK ABANG GIGI BANYAK TU HA. Tak apalah Chanyeol, telinga kau comel. Aku suka jugak kat kau macam mana pun. Jangan kau buat botak macam sami Buddha sudah la. Janji kau ada rambut ya, sayang ya.
Taste kita sama, kita tak suka hairstyle macam tu. Nanti rambut tu panjang le balik, don't worry ye. Macam mana aku boleh lupa, Kris kan shadow Chanyeol dan vice versa ? Mestilah style Chanyeol akan nak sama dengan Kris. Sedihnya, kejap lagi aku menangis jugak kerana rambut dia tu. Chanyeol sendiri pun tahu rambut dia tak elok..
Bye-bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment