Sunday, 10 March 2013

A Day with Izzfarhan xD

Assalamualaikum and hello xD


This young boy is Izzfarhan. Setahun pada 28 Februari lepas. Hari ni aku ikut mak nyang aku bawak dia dapatkan suntikan. Farhan ni agak kurus, jadi nurse tu kata, cucuk kat peha la. Bila mak dia baringkan dan peluk dia, nurse tu suruh aku pegang lutut Farhan ni. Haha, kecut perut la dia, tetiba orang peluk dia kuat-kuat, rimas la pulak, tu yang nak mengamuk aje. Lepas cucuk tu, tak gaduh nak menangis pun. Dia pun tak tau orang buat apa kat peha dia. Kebetulan pulak, kat tangan aku ada tape orang tampal luka tu dan dia pun terus je tarik tape tu. HAHA IZZFARHAN, GIMIK KAU. Dia tak banyak kepoh takpe la jugak.

Aku tak buat apa-apa pun. Buat macam habis peperiksaan terakhir, padahal baru habis UP 1 je pun. SPM MASIH MENANTI LA! Aku tak ingat kerja sekolah aku sebenarnya. Tapi aku rasa aku nak buat kerja tak berfaedah dulu.

Repair blog. HMM. Blog.

Aku tak rasa aku sekadar suka pada Chanyeol dan Kibum. Mungkin juga sebab aku sedang mengarang dan aku begitu mendalami watak-watak yang aku buat tu. Walaupun sekadar imaginasi, aku berharap ada orang seperti salah seorang daripada mereka yang akan melengkapi hidup aku. HAHA GEDIK GILA LU. Ada peminat K-POP yang kata, kami minat retis K-POP ni tak semestinya kami akan kahwin dengan depa, kami kahwin dengan lelaki sebangsa dengan kami la.

Aku tak harap macam tu, sebab aku teringin hidup sebumbung dengan lelaki yang bukan sebangsa dengan aku. Mungkin sebab aku memang tak suka dengan ayat tragis Melayu, "Perempuan, belajar tinggi mana pun mesti masuk dapur" @  "Kerja rumah/dapur tu kerja perempuan la." Korang ingat kerja rumah senang ke? Kalau korang ada komitmen yang terlalu banyak, bukan setakat rumah, perut sendiri pun dah tak terjaga. Tapi kalau jodoh dengan bangsa lain atau bangsa sendiri, siapa yang tahu?

Kenapa aku rasa Niel semakin hensem? Part Niel tak banyak, jadi aku tak rasa gah sangat lagu Miss Right ni. HAHA, STICK TO ONE PEOPLE? SORREH. BUKAN PRINSIP GUA. Aku pernah buat ujian amende entah dengan Syiffa, dan result dia, HAHA AKU SEORANG PLAYER. Miss Right tu kan, aku ingat perempuan bendul ke hapa ke. Rupanya, perempuan berambut lurus. Patutlah ada Shin Bora, rambut dia kan straight aje.

Okay, setakat ni dulu. Aku nak edit gambar untuk release tension.

Wait. Edit blog dulu kot.

Bye xD

No comments:

Post a Comment