Saturday, 16 March 2013

Today. No. It was yesterday's


Assalamualaikum dan hello xD


Aucakk! Manager-nim main dengan Channie.

Tadi aku buat sambal sardin. Mula-mula tu, aku guna corningware mak aku, aku rasa senang sikit masak. Aku kan memang pelik sikit. HAHA. Tapi, bawang yang aku guna tu basah, lepas tu minyak pun react dengan overnya. Dari putih corningware tu, jadi macam hitam kerana hangit. Nasib baik aku rendam cepat-cepat, kalau tak...esok pagi aku berus pun belum tentu keluar warna hitam tu. HEHEHE. Aku suka makan makanan yang masam macam tomyam, spaghetti tomato gitu-gitu. Aku seorang je pelik sikit. Kalau aku bagi orang makan masakan aku mesti ayat pertama yang keluar dari mulut ialah "Eeei. Masamnya !!" Okay, gimik korang je lebih, aku tak rasa benda tu makanan kalau ia tak masam.

Sekarang aku sepatutnya prepare untuk ULBS dan..debate. Ye, debate. Tajuk perlawanan pertama lain, tajuk semi-final pun lain. Sekarang aku dah tak tau nak fokus yang mana dulu. ULBS ke, debate ke ni... Kalau aku mintak teacher guna debate sebagai markah ULBS, macam mana ye? Tapi aku takut jugak, sebab teacher BI aku tengah cuti, jadi teacher lain yang buat ULBS tu. HMM. Hari ni target aku ialah siapkan kerja PI dan SEJARAH. TENGOKLAH AKU CAPAI KE TIDAK TARGET AKU TU.

Kepala aku ringan. Ye, aku potong rambut hari tu. Super pendek mak aku buat, nyaris-nyaris mak aku nak botakkan kepala aku. Mula-mula mak aku kata, biar rambut depan macam Abu Bakar Elah tu, terus aku sikat rambut depan ke atas. HEHEHE. Lepas tu, mak aku dok gunting sebelah kiri aje. Sebelah kanan tak sama pendek pun. Aku sebenarnya tak minat ke kedai gunting rambut, sebab time aku pergi mesti ramai orang, then mak cik tu dah naikkan harga. Jadi aku mintak mak aku yang berbakat tu untuk potongkan rambut ha. Alasan sebenarnya aku selalu sakit kepala, masa lawan petanque hari tu pun, aku rasa kepala aku berat dan aku tengok dunia aku agak terbalik. Tapi aku tak salahkan kesakitan itu sebagai punca kekalahan, okay.

Tak patut kalau salahkan penyakit. Salahkan diri sendiri kerana tak pandai jaga diri sendiri.

Kau tak lost la, don't worry. Risau memanjang

EXO ada di Thailand. Rambut Baekhyun tu macam rambut aku yang tersilap potong masa aku form one dulu. Lee Soo Man-sshi, kau ni perli aku ke hapa? Channie, awak memang comel. Nasib baik la deme buat rambut dia terpacak gitu, nampak la macho sikit. I'M MELTING xD

Ada benda yang aku tak puas hati dengan blog ni. Entah apanya, aku pun tak tau. Aku tukar lagu, letak lagu WOLF AHWOOO tu. Keurae wolf, naega wolf, ahwooo~ah saranghaeyo bla bla bla. Aku dah update Forgotten Sunflower chapter 15. Dah lama aku tak update My Angel, sebenarnya aku tak tau nak sambung yang mana. Aku ada rancangan nak post When Umma bla-bla-bla tu dalam BM. Tapi, nanti la, lepas SPM ke. Aku macam nak buat gambar dan post sekali cerita di dalam gambar tu. HAHA, RAJIN PULAK.

Tao pukul dia HAHAHA


Perasan tak iklan deodorant Nivea ada pakai lagu BIGBANG Last Farewell? Tapi remix kot, ingat aku tak perasan ke? HAHA, SILAP LA KORANG.

No comments:

Post a Comment