SHINee's update ! Is that Lee Taemin? Kibum, I don't really like your hair. Kenapa ada pony tu eh?
Blog berubah wajah ! Sebenarnya aku memang nak tukar skin tapi aku tak rancang nak tukar secepat mungkin. Dah alang-alang aku edit skin, aku paste je la kat template blog ha. Ini bukan kerja sekolah aku pun. Aku rancang nak siapkan Sejarah, tapi tup-tup. Blog yang siap, Sejarah entah ke mana.
Semalam kan MBC tayang Idol Sports Championships, jadi ada banyak link stream. Aku tak tengok online, aku cuma download part Team A (SHINee, EXO & Girl's Day) dan beberapa fancams. Aku tak nampak Chanyeol buat acara apa-apa pun. Minho pulak, sayangnya dia jatuh masa final larian berpagar tu. Kalau tidak mesti dah boleh menang. Aku ingat team ZEA dengan group apa entah yang akan menang, tapi yang menang group BTOB & 4Minute tu ha. TAK PERCAYA MINHYUK BEGITU ATHLETIC xD.
Akibat aktiviti mendownload dan mengedit blog yang begitu lama, limit broadband dah sampai .. !! SHINee comeback beberapa hari je lagi !! Walaupun ada yess zooom mak aku tu, takkan aku nak guna untuk download kot. Nanti yes center hantar mesej kat mak aku. Mak aku dah jarang guna internet sebab abang aku dah tolong downloadkan cerita Adam Hawa. Nanti kantoilah aku. Tiap-tiap hari mak aku ulang tayang, walaupun aku tak minat, aku asyik nampak cerita yang sama aje, sampai aku boleh ingat dialog ha. Mak aku minat yang amat cerita tu.
Esok sekolah, esok ada perhimpunan, dan esok sambungan Majlis Penutup Larian Mengkuang. Aku masih tak tahu nak edit skrip tu ke tidak, nak kena sambung dengan skrip perhimpunan rasmi atau tidak. HMM. Esok tuisyen addmath ha. Aku tak siapkan lagi kertas cikgu tu. Mesti cikgu bising lagi. Mak aku dah tanya bila cikgu nak buat kelas Fizik dan Kimia tu. Aku dah peringat cikgu banyak kali tapi cikgu masih tiada berita maa.
Kan aku kata aku nak edit gambar, aku rasa aku delay dulu la. Forgotten Sunflower pun aku tak update lagi. Lepas scene Eunji dapat ciuman misteri kat library tu, terus aku dapat writer's block. Skrip choral pun aku tak buat lagi, aku dah bincang dengan Ecah tapi sampai sekarang tidak ada bunyi pun. Aku tak nak la paksa-paksa orang sebab Ecah tengah buat latihan untuk olahraga. Takkan aku nak tambah beban kat dia ?
Tapi teacher bagi tempoh dua minggu aje. Sampai habis minggu ni la. HMM.


No comments:
Post a Comment