This is not a month a post, just another appreciation post (lol) tbh, I'm feeling sad and down right now. Baru week 9 dan nak habis term, tapi ada feel nak tulis post hahahaha usually I will wait until the end of month to write but I don't know, today I just want to do so.
Refering to the title, "Happy birthday, Abah!" - today is my father's birthday. Hari ni pun International Women's Day bak kata Google hahah. Abah dah 54 tahun haaa tua dah abah heheh tbh aku tak suka kira umur abah sebab nanti aku rasa jauh gila umur abah pastu mesti rasa abah sangatlah tua.
(Actually, he should)
![]() |
| i don't like to call my parents because it will put me extra sadness and emptiness - like abah wouldn't really call tok because he said the sadness would linger. |
Anyone yang selalu tengok aku dengan mama selalu cakap, "oh Anis sama macam Kak Pah la" (nama glamour mama). Sebab aku senyum je manjang
![]() |
| Mama, adik Bunga and abah hoho |
Nak compare mama dengan abah, abah would really show his concern to me especially bila aku sakit. Bukan mama tak prihatin, cumanya mama would judge me a bit because
Mama mungkin ada marah kesumat sebab aku selalu pecahkan pinggan, mangkuk or even pasu Sarawak dia time aku naik hantu. Actually tak sengaja tapi dah terbaling tu, berlakon la mengamuk sikit sebab kunun tengah protes lol I should take lead act next year for M'Night play. Tapi kalau abah marah, memang aku tak berani nak cari pasal, sebab abah tak sihat sangat hehe aku buat reason untuk elak sebab aku banyak akal. Tapi abah okay je sebab dia tahu dah perangai aku memang tak ikut peraturan langsung - aku je yang selalu dapat ayat 'kambing pun reti ikut gembala, itu dalam takdak akalnya. hang ni macam mana pulak'
![]() |
| people said i had this face if im being naughty |
Bila aku belajar sikit-sikit pasal human development, memang aku rasa parenting tu super susah. Even orang banyak cakap, parents tak sepatutnya mengongkong anak la ape la, sekarang aku paham le sikit kenapa mama abah tegas dengan rules untuk didik anak-anak (
To talk about role models, I would say my parents. Why? Abah anak seorang pesawah, penoreh getah dan tukang kayu. Mama pun anak seorang pesawah, nelayan dan tukang siak surau; weolls orang kampung gaisss. Abah kecik-kecik takde sangat childhood dengan arwah tokwan sebab darjah 5 dah masuk asrama, pastu rezeki abah murah sebab abah rajin belajar - so abah boleh fly ke US untuk buat electrical engineering. Mama pun super rajin, belajar sampai pandai pastu dia je satu-satunya anak kampung ke Universiti Malaya - gila tak bangga. Tapi masa nak kerja tu, mama cam lucky sikit sebab mama memang tajaan KPM so mama confirm jadi cikgu - while abah balik Malaysia dan kerja kilang before dia betul-betul dapat jadi engineer kat PPSB (malaih aku nak cerita so sila google la mende PPSB ni).
Abah wouldn't buy things yang dia rasa tak worth the price - like abah wouldn't buy me Barbie dolls if mahal yang amat noks - tbh dia tak beli sebab aku potong rambut Barbie aku lol pastu kepala dia tercabut macam mana entah hahaha. Aku memang tak ayu - jujur. Mungkin kalau reflect diri sendiri, aku antara bebudak yang gaduh dengan kawan-kawan sebab Ultraman because why not!? But overall, aku spend masa lama gila untuk beli barang sebab abah train aku macam tu hahah abah train untuk bagi balik duit baki even 10 sen sebab dia cakap kalau bukan duit aku, tak boleh ambil simpan unless abah kata abah bagi simpan. Bunyi macam kedekut je, tapi sebenarnya abah tengah ajar untuk jadi transparent - jujur.
Maybe writing something about my family and my childhood can shift me out from the sadness - I was hoping so.
Aku sebenarnya sedih dari pagi lagi sejak bas melambatkan aku ke uni. Maybe aku memang dah down pun sejak subuh tadi dan the bus just happened to be late then. Aku pun cuba sedaya upaya untuk habiskan class test aku tu dengan emosi yang tak berapa nak happy tu. And again, I hate people but I need them *ugly sighs*.
Sedihnya hari ni cam boleh ajak aku nangis kejap tapi aku tak boleh nangis - aku tak boleh express emosi aku lately. Like, nangis pun boleh apa? Kembung mata, hidung tersumbat je la hasil menangis tu. Tapi sebab tak nangis ni aku tak puas, tak terkeluar emosi - macam makan dan makan tapi tak boleh nak membuang; that's the exact situation I'm facing. Aku sedih, aku sentap, aku stress tapi aku tak boleh nak luah; even orang tanya 'are you alright?', aku masih boleh tersenyum, ketawa bagai nak pecah rumah - cumanya takde puas.
Susahnya hari ini or situasi ini - buat aku reflect diri kejap. Setakat susah nak pergi kelas, susahnya soalan class test - itu baru jentik-jentik ujian, dah stress bagai. Tapi jujur, aku memang boleh jadi depressed sebab studies; sebab studies je yang aku excel pun (as in ace sikit la). Aku tak pandai masak, aku takde rupa cam Neelofa, aku takde bakat terendam terpendam direndam; so aku kena buktikan diri dengan pendidikan aku la sepatutnya. Mungkin orang akan cakap, 'ala, kau perempuan..nanti kahwin, duduk dapur, suami tanggung semua'. Mungkin rezeki aku nanti suami kaya ke apa ke, but what's the function tadah muka harap duit orang?
Okay, sudut agama memang point out, that's his responsibility - but to be very honest, I want to have my own income, my own money and not others except gifts (dah orang bagi kita ambil je la). What if tetiba si dia mati tak sempat nak tengok muka anak pun - takkan sekali dengan aku nak cabut nyawa? No, life must go on - at least kalau hidup aku stabil, takde la drama TV3 suku sangat hidup ini. The worst case scenario - what if I don't get married? What if my life journey was written dying as a virgin? I know most of us would have their own life plans, like getting married, getting babies, getting big cars and big houses - but I don't see myself in future following that pattern. I beg to differ - let's empowering Malay women's! (Dah macam bertanding untuk president MSA je bunyi padahal society apa pun tak join lol).
Takde kaitan semuanya hahahaha
Okay ciao annyeong goodbye.






No comments:
Post a Comment