Friday, 25 April 2014

finally ;)

Assalamualaikum and hello :)



Hi folks. Dah lama aku tak update blog kan ? Hmm sebenarnya aku ada banyak benda yang hendak dikongsi tapi bila dah bukak blogger.com ni tetiba jadi blur hahahaha. Aku tak tau la blog aku ada pengunjung ke tidak, tapi yang pastinya, aku cuma nak berkongsi. Ada orang peduli ke apa ke, hmmm bergantunglah kan ?

Minggu ni dan minggu lepas memang sibuk. Kenapa aku kata sibuk ? 14 April aku pergi Ujian Kecekapan Calon Guru (UKCG, am I right ?), 15 April aku pergi Self-Assessment Centre (SAC) untuk JPA. 21 April aku pergi SAC lagi untuk Mara-JPA dan 22 April ialah ujian JPJ yang ketiga hahahahahahahaha. Apa yang aku rasa nak kongsi  ? I don't even know, I'll just spill. Oh yeahh aku ditawarkan Matrikulasi Pahang - nak pergi ke tidak ?

UKCG

Bukanlah aku nak berlagak tapi aku memang tak sangka yang aku dipanggil untuk buat UKCG. Apa UKCG ni ? UKCG ni untuk sesiapa yang berminat nak jadi cikgu atau lebih spesifiknya, sambung belajar di maktab dan keluar sebagai seorang guru sekolah. Masa apply kat website KPM hari tu, aku memang sengaja je minta PPC (Program Pelajar Cemerlang) yang untuk bahasa Perancis tu. Aku memang ada zero-knowledge tentang bahasa Perancis ni (walaupun adik aku belajar bahasa ni tapi aku takde minat langsung). Masa aku pergi IPTB depan sekolah aku tu, memang ramai la jugak yang aku tengok berminat nak jadi cikgu. Beratur panjang gitu dengan baju t-shirt putih bersama-sama dengan seluar tracksuit, juga bertudung bagi perempuan Muslim. Pertama, semua calon kena buat ujian bertulis (lebih kurang ujian psikometrik) dan kemudian ujian kecergasan. Lepas selesai semua tu, memang aku balik tidur tak sedar apa yang berlaku seterusnya hahaha.

SAC - JPA.

Mula-mula aku ingat SAC ni interview. Dah la aku tak pernah buat interview lepas tu, aku takde pengetahuan dan aku sendiri senang gelabah. Kalau orang tanya aku, maunya aku jadi blank dulu. Tapi apa pun, bismillah je la. Rupanya SAC lebih kurang macam main permainan. Kenapa aku kata macam ni ? Kami ada tiga sesi - Permainan Minda, Bahas ala Parlimen dan juga Case Study. Permainan Minda dan Bahas ala Parlimen tu memang kena guna BM sebagai bahasa pengantar, obviously Case Study was held in English. Kumpulan aku ada enam orang - aku, Aloysius, Thana, Jia Wen, Aisyah dan Arja (betul ke nama dia aku taktau), lepas tu kami dipisahkan lagi kepada kumpulan kecil - aku, Aloysius, Thana satu kumpulan. Aku je perempuan dalam kumpulan kecil tu. Arja pula, dia aje lelaki dalam kumpulan yang lagi satu. Okay aku tak boleh cerita banyak pasal soalan sebab ini rahsia JPA hahahaha (gimik)

SAC - Mara-JPA

Program ni program Mara tetapi pemilihannya JPA yang buat. Semuanya orang Melayu dan cara pengendalian pun sama la jugak macam SAC-JPA, nama pun gabungan Mara-JPA.

JPJ 3rd Test.

Yeeee, nasib aku kurang baik untuk mengambil lesen ni. Ada orang hanya buat ujian sekali sahaja. Ujian JPJ ni ada dua - Bahagian II (litar) dan Bahagian III (jalanraya). Masa ujian pertama kali, aku lulus ujian Bahagian III sahaja. Jadi aku kena buat ujian Bahagian II sahaja untuk kali kedua. Kali kedua pun aku gagal juga, memang aku menangis bila balik rumah. Muka aku kembung macam ikan emas tu - mak aku marah sebab aku nangis. Yelah sebab aku ni spesis menangis sampai sakit kepala hahahaha. Kemudian untuk ujian ketiga ni, aku minta untuk tempah cikgu. Maksudnya, masa aku pergi untuk buat latihan litar, aku minta untuk diawasi/diajar oleh cikgu. Pada mulanya aku malu nak minta cikgu asal, tapi tak jadi malu pun sebab cikgu aku sibuk, jadualnya penuh - aku dapat cikgu lain a.k.a Mr. Lee.

Aku tak kenal cikgu Lee tu, tapi akak Melati (tempat aku belajar memandu tu) kata, cikgu Lee selalu jaga tapak kereta. Aku masih tenggelam punca lepas tu aku pun bertanyalah kepada seorang lelaki Cina yang tengah bagi no. kereta kat pelajar yang tengah tunggu giliran.

"Encik, hari ni cikgu Lee mai tak ?"
"Dia mai. Tunggu sat, kereta takde."

Rupanya dia la cikgu Lee. Maunya aku nak tergelak dengan Amirah kat situ. Amirah tu kawan yang aku jumpa kat Melati tu. Rupanya dia pernah masuk debate dulu, serius aku tak ingat tapi takpe itu bukan masalah besar kalau aku tak ingat. Aku sembang je dengan semua, Amirah pun jadi rapat la sekejap dengan aku gara-gara kami tak lepas ujian II JPJ ni. Tapi dengan bantuan cikgu Lee (promoting ni) alhamdulillah, berjaya la jugak aku meluluskan diri pada hari Selasa lepas dalam ujian Bahagian II.

Jadi sekarang ni aku cuma menunggu Lesen P aku siap. Mak aku tetap tak lepas aku memandu sesuka hati ke merata tempat. Katanya, kenalah bagi cekap dulu (cekap cara mak aku pemandu berjaya)  sebelum nak ke mana-mana. Sedikit sebanyak, duit yang aku guna untuk dapatkan lesen kereta ni sama banyak dengan lesen motor campur kereta. Memang aku nak pesanlah kepada sesiapa yang berniat nak ambil lesen tu, kalau boleh buat betul-betul dan fokus masa belajar tu - tak lupa juga kalau masa tengah ujian tu, jangan takut atau jadi bengong sekejap.

"Kena bawa mama dulu."

aku ada submit cerita kat asianfanfics - serius aku tak sangka subscribers aku meningkat setiap hari. kalau meningkat lagi minggu depan, memang aku akan jadi sibuk la omg. tak sangka ada juga orang nak baca cerita imaginasi aku tu hahahaha thanks *bow*
Okay annyeong ciao goodbye.



my ship is sailing :)

No comments:

Post a Comment