Thursday, 3 April 2014

april's nonsense ^^

Assalamualaikum and hello :)


it's april now ! it had been a long time since I updated this blog, right ? approximately a month ? yeah well right...i don't really now why i am so lazy to type and do story-telling.

Alhamdulillah, 20/3/2014 telah berjaya dilalui dengan perasaan yang entah apa-apa. memang tak sangka result SPM baik macam tu tapi rezeki, Allah nak bagi. jadi kita kenalah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang telah memakbulkan doa kita. Tapi sebenarnya bila dah dapat result macam ni, aku fikir

"apa yang aku nak buat dengan result ni ? apa yang aku nak buat dengan masa depan aku? apa yang aku nak ubah dengan result aku ni?" 

Dulu masa nak isi UPU, aku letak bidang bahasa, pergigian dan farmasi. Kenapa bahasa ? Sebab result trial SPM cuma cukup-cukup makan lepas tu tak berapa nak gempak la rasanya. Aku fikir kalau nak minta perubatan pun, sekurang-kurangnya semua subjek A-. Aku tak yakin dengan result aku, pastu kalau aku dah tak boleh skor tiga subjek science tu, macam mana nak teruskan dengan bidang perubatan, kan ?

Tapi result aku dah berjaya menolong aku untuk melayakkan diri nak minta bidang perubatan. Jadi bidang dan pilihan universiti dalam UPU tu dah aku ubah kepada perubatan, pergigian, farmasi. Haraplah salah satu ni sangkut dengan aku, kan. Lagipun aku ubah sebab aku rasa aku tak la pandai sangat nak buat TESL. aku bukanlah orang yang suka kelas bahasa pun, aku selalu mengantuk dalam kelas bahasa tapi aku tak sanggup nak tidur dalam kelas sebab aku tidur berdengkur hahahahaha

sekurang-kurangnya subjek sains ni boleh la tarik perhatian aku walaupun lima minit /nampak tak permainan di sini/ aku cepat hilang fokus dan aku tak boleh fokus pada sesuatu benda. ada sajalah yang aku buat untuk halang aku daripada berimaginasi dalam kelas. kadang-kadang kapur jatuh pun aku fikir macam-macam. kesian kat cikgu yang dok berleter kat depan sebab ada anak murid yang tak boleh fokus. diharapkan pilihan yang aku buat ni tepat.

it's second quarter of 2014 and EXO are making comeback ! macam-macam rumor dan tekaan untuk comeback ni. aku rasa konsep comeback ni macam Phantom of Opera, tapi kalau betul Phantom of Opera, lagu akan jadi genre sedih (?) sebab dalam cerita tu the phantom gave up his obsession of Christine because he was touched with her pure heart.

............................................

whatever it is, stay calm and wait for EXO's comeback. visit my other blog for teaser image ^^

okay annyeong ciao goodbye.


No comments:

Post a Comment