![]() |
| missing this super handsome drummer /awkward toothy/ man |
/posting dalam mood letih lepas berjalan sakan di SCM a.k.a Setia City Mall/
cliche tak tajuknya hahahaha saya sudah selamat menjalani hidup sebagai pelajar asasi sains untuk tempoh dua minggu /cough cough/
nama pun pelajar asasi sains, sudah tentu dan semestinya mengadap buku subjek sains iaitu fizik, kimia, biologi, matematik. subjek tambahan pula ialah english /throw confetti in the air/ dan CTU085 atau agama (saja gedik nak letak nama glamour kos tu hahahahaha). menyesal jugak la sebab sepanjang cuti SPM tu, aku tak sentuh langsung buku dan sekarang otak aku macam kosong dan berkarat macam kena letak pelincir hahahaha
MENGADAP SUBJEK SAINS FOR THE NEXT TIME HOI.
aku sebenarnya terkejut sangat-sangat, super sangat-sangat
jadi, bila dah melangkahkan kaki ke PALAM (UiTM Puncak Alam yang mana kalau korang search kat google, perkataan 'tangga maut', confirm korang jumpa PALAM) - kenalah cuba-cuba flirting dengan subjek sains semula especially subjek fizik dan math (gabungan math and addmath tapi actually macam 70% addmath and 30% math). kat sini, jangan terkejut kalau terjumpa topik kimia dan fizik dalam subjek biologi, jangan terkejut kalau terjumpa subjek fizik dalam subjek kimia dan vice-versa.
pada masa yang sama, aku sedang menunggu keputusan IPG, seandainya aku dapat tawaran untuk menjadi seorang guru English, insya-Allah aku akan terima (hello teacher Anis, hi primary students)
tapi seandainya aku tak dapat nak jadi guru, maka aku akan kekal di PALAM, insya-Allah aku akan kutip 4.0 flat in the exams, lepas tu aku akan pilih Pure Chemistry = mungkin niat aku nak jadi saintis yang mencipta wangian akan boleh tercapai (?) /okay Syu, nampaknya projek kita nak buka kedai perfume or kilang perfume mungkin berlaku/ atau aku apply untuk jadi lecturer.
opportunity comes in various way and sometimes it wouldn't follow the way that we thought it should be, so I choose rather to bend than break. kalau aku tak layak untuk scholarship pun, takpe. nak menangis, meraung pun takde guna. rezeki itu ada di mana-mana dan Allah tahu yang terbaik. so whenever you are, just do the best ^^
okay part two akan disambung bila-bila masa.
okay ciao annyeong goodbye.

No comments:
Post a Comment