Assalamualaikum dan hello XD.
Oh my prince, when will you save me?
Aku suka betul dengan part Taengoo-unni dalam I Got A Boy tapi kenapa Tiffany-unni tak dapat banyak line? Mula-mula aku ingat dapatlah jugak aku dengar rap Tiffany-unni tapi takde pun. Malah line dia sikit pulak tu. Takpa, dia dapat duet dengan Taengoo-unni satu lagu dah.
Baru dua minggu bersekolah tapi aku rasa macam dua bulan. Isnin, Selasa, Rabu. Isnin, Selasa, Rabu. Hari aku bertuisyen loh. Sibuk bagai nak rak. Balik sekolah pukul 3 petang. Lepas tu ada desas-desus nak lajak lagi dengan extra class. Gila you, balik pukul lima petang. Kalau hari latihan rumah sukan, sampai pukul enam petang.
Cakap pasal sukan menyebabkan aku rasa nak menghilang sebentar. Bukannya aku menyumbang apa-apa pun. Setakat tarik tali sukan tak sah tu apalah sangat..? Tapi aku nak buat khemah rumah Kuning gempak tahun ni. Tapi aku tak tahu la bila yang aku boleh pergi tolong sebab akukan senior form five yang nak berperang dengan kertas peperiksaan SPM tahun ni.
11 JAM DI SEKOLAH. DEMI SPM. Sambung dengan malam tu, tuisyen 8.30 sampai 10 malam. Tapi tuisyen addmath, aku tak rasa letih, mungkin sebab dekat dengan rumah kot. Aku rasa macam nak tukar tempat tuisyen aje sebab sebenarnya, aku tak berapa suka pergi tuisyen Kaliber ha. Aku tak familiar. Subjek KAF aje yang aku ambil kelas tambahan, yang lain Insyaa-Allah boleh aku kejar dengan bantuan cikgu-cikgu kat sekolah tu.
Okay. Skip pasal sekolah.
GDA. Aku tak tahu sangat apa yang berlaku GDA tahun ini. Tapi EXO confirm akan menyanyi lagu MAMA, History dan HOT. Haa. Aku tak ingat HOT itu lagu apa tapi aku nak Chan-chan oppa rap !! Aku tak dapat berita pasal SHINee, sebenarnya aku belum check lagi. Ni pun berebut broadband dengan mak aku tadi. Mak aku nak tengok interview Aaron dan Nadiya Nissa tu, dia bukak broadband tapi connectionnya yes zoom zoom like a rocket tu. Aku tuntut je la kat mak aku. Tapi mak aku bagi ha, hehe.
Dari petang tadi aku nak tidur tapi aku tak tutup mata aku pun. Padahal hari bersekolah tu, macam apa lagi mengantuknya. Kalau ikut jam sekarang, hari ni birthday Kyungsoo XD. EXO buat birthday party la petang tadi, Chan-chan oppa dan Sehun yang jadi MC. Hmm. Gigi banyak kalau tak banyak cakap tak sah le. Birthday party Kyungsoo gabung terus dengan Kai. Kai tak nak sambut dengan aku ke? HAHA. BUAT APA.
Depa dapat 60 birthday cake. Gila you, hadiah semuanya grand ! Kyungsoo dapat satu almari baju LG macam mana entah, Kai dapat kerusi urut jenama macam Ogawa tu, plus iPad. Banyaknya duit peminat ! Muat ke dorm depa nak sumbat semua tu? Habis ke 60 cake tu? Tahun ni cake aku pun belum tentu ada. Tapi mereka ? KAI SAMPAI HATI YOU. HARI TU KATA KAWAN.
Eh. Bila masa dia kawan dengan aku.
Okay skip.
Petang tadi aku tengok Quiz of God 3. Cerita ala-ala CSI versi Korea tu, aku selalu tengok sebab aku suka drama yang macam tu ha. Then, saat paling menggembirakan aku apabila extra cameo tu kan.. ALEXANDER ha! Yeay XD. Walaupun selama ni aku minat Dr. Han Jin Woo si cerdik yang ada masalah dengan otak dia tu, tapi hari ni menyebabkan aku bersorak sorang-sorang sebab ALEX ada dalam TV.
Ini dia DR. HAN JIN WOO dan Detektif Bae. Selalunya dia bawak beg dia tu dalam Season 2.
Walaupun dia ada SLEEPING BEAUTY SYNDROME. Walaupun banyak shots dia hanya terbaring atas katil dan tidur. Ala, senangnya watak dia. Dari side image pun aku tahu dia ALEX. Tambah lagi dengar suara dia, confirm la aku kenal DORK U-KISS TU. Season 3 dah jadi lawak sedikit sebab Detektif Kang, GF Dr. Jin Woo tu ditukar dengan Detektif Bae yang memang tiga suku. Mak aku kata Detektif Bae tu macam apek jual sayur ha. LOL MAK AKU.
Ha. Aku update dah Forgotten Sunflower. Aku terdapat ilham, jadi terus aje aku taip dalam phone then gigibiru ke lappy. Jadi ceritanya agak pendek. Nak panjangkan macam terlalu semak sangat. Lepas aku update, baru aku pening kepala sebab plot macam lain, kenapa jadi lain..? Dan aku pun tambah lagi satu fanfic Inggeris :
My Angel - Chapter 1
yang memang dah lama aku buat tapi tak upload. Grammar aku mesti berterabur. Tapi takpa. Kita masih dalam proses pembelajaran.
Enjoy.
.gif)


No comments:
Post a Comment