Tadi baru je habis cerita ni kat ntv7 - The Quarters. Aku ingatkan cerita di Singapura, rupanya kat Malaysia je, Muar tu ha. Aku minat cerita ni sebab jalan cerita yang best (pandangan aku la kan). Aku baru tengok je, tak tau la mula bila, tapi lepas aku tengok, memang aku terus nak tengok. Kalau tak salah aku, hari ni episode ke-19. Ada 30 episode semuanya. Syarikat Singapura yang buat cerita ni bergabung dengan syarikat di Malaysia.
Yang penting watak sampingan ada yang hensem. Betul ke dia watak sampingan, aku pun tak tahu.
Wu Enyi (Nai Dong), Dai Yang Tian (JinHai) and Zhou Ying (Qiu Mei)
Aku nak Jinhai dan Qiumei bersatu. Hehe. Nai Dong tak sesuai dengan Jinhai sebab dia kaya sangat. Jinhai sebenarnya anak angkat datuk Bai amende tu aje, dia anak perempuan Jepun mana entah. Episod minggu depan, Jinhai dan Jinchuan bergaduh bagai nak rak. Tapi aku tak boleh tengok sebab aku pergi tuisyen ha.
Yao Wenlong (JinChuan) and Constance Song (JinChun)
Abang Jinhai dan isterinya. Jinchuan ni terencat sebab kena seksa dengan Jepun.
Wu Enyi (Nai Dong) , Zzen (Luo Han Guo) and Tiffany Leong (Mao Da Wan)
No comments:
Post a Comment