Woah. Aku rasa mak aku merajuk dengan aku sebab aku tak beli apa-apa makanan lepas aku pergi beli kain tadi. Oopss.
Hah, skip benda di atas tu. Hari ni, aku beli ovalett. Haha, first time aku tengok ovalett. Rupanya warnanya oren. Aku ingatkan ovalett tu serbuk je. Kenapa aku beli ovalett?
Sebab aku nak buat aiskrim. Hantu aiskrim.. macam ni la! Hoho, walaupun tak sama dengan aiskrim brand macam-macam tu, tetapi hari ni aku bangga sebab aku berjaya buat aiskrim ! Heh, gimik je lebih. Semua aku buat manual, tak guna mesin apa-apa sebab...entah. Kenapa tadi, aku dah tak ingat sebab-musababnya.

Sorry, kualiti gambar tak berapa nak elok, dalam mangkuk tu, ada gula, ovalett dan putih telur.
Terima kasih banyak-banyak Nisa, resipi tu akan digunakan lepas ni :) Betul oh. Sedap, walaupun rasa susu lebih banyak. Kalau nak rate diri sendiri, 89 peratus kut....sebab part penambahan perisa tu aku berjaya buat 2 perisa saja. Perisa ketiga fail. Pahit giler, mana taknya, pandan campur oren. Memang pahit berdesing, sekarang pun masih terasa kepahitannya itu. Mungkin salah tambah kut. Oren tak boleh campur dengan pandan tu.
Adik aku request perisa chocolate, tapi aku nak perisa strawberi, so aku bahagi-bahagi je la. Perisa ketiga tu sengaja aku nak hentam je, tapi memang tak jadi. Eksperimen tu tak okey. Perisa tu tak jadi. Adik aku memang tak nak ada rasa selain chocolate. 3 sudu teh la jugak aku tuang perisa tu. Janji kurang rasa susu tin tu.
Sekarang masih dalam peti ais, tak habis beku lagi. Hehe, tak sabar nak mencedok aiskrim ! Esok nak try buat egg tart la !
Sebelum pembekuan, dari kiri, strawberry dan chocolate.
Jumaat lepas, tayangan yang tak berapa live di 8TV. Siapa tengok? Of course la aku tengok. MAMA award gitu :) Tahniah kepada semua yang menang. Yang penting SHINee dan EXO pun menang award jugak malam tu ! EXO tak menang untuk new male artist tapi EXO menang untuk best asian artist. SHINee menang untuk best dance. Tak sia-sia Lee Soo Man upah Tony Testa ajar tarian Sherlock tu. Hehehe.
Chanyeol terlanggar pintu. Kesiannya. Mata punyalah besar, takkan pintu pun tak nampak. Fans tolak lagi ke? Hmm, sekarang aku tak boleh nak update fanfic. Aku sedang bekerja lagi. Biasa la, cuti akhir tahun, ada saja kerja untuk aku.

No comments:
Post a Comment