Monday, 29 October 2012

Assalamualaikum :)

Ya, aku sudah datang ! Tapi ini mungkin sementara sahaja, abah dah suruh aku tutup blog sampai SPM. Errkk. Serius aku tak sanggup. Mak aku pun tak suka aku dok terbeliak depan komputer, sebenarnya, aku pun tak tau kenapa aku suka sangat dengan komputer. Bukannya ada apa pun, setakat keyboard and screen. Ddeng~ tu je la.

Aku takut nak jumpa cikgu kat sekolah. Mana taknya, aku tak buat apa-apa pun untuk majalah, ni pun baru dapat laptop balik. Hanya curi-curi online, then have nothing to do. Mak aku kan dah jadi addict  cerita Adam Hawa, dah tu, tak cukup ulangan kat astro, dia kebas broadband dan ulang tayang kat youtube. Aku yang nak tengok TV dihalaunya ke tepi, aku yang nak surf internet ni dicabutnya broadband. Sebab cerita Adam Hawa ni. Dulu, abah selalu kata aku ni jenis melampau-lampau dengan K-pop, asyik internet je. Sekarang ni mak aku pulak. Bukan setakat TV tapi dengan Internet jugak. Hmm, tambah dengan novel lagi.

Esok hantar buku teks, Jumaat ni JayaWaris. Aku dah tak kisah la apa sekolah nak buat sebab aku memang tak peduli. Apakah. Hari ni aku tertikam tangan aku sendiri. Sakit bukan kepalang, macam cacat dah tangan aku ni. Terketar-ketar, macam sindrom Parkinson je. Haha.

Kerja sampingan folio Biology Form 4, siapa nak ambil je :D 





Dalam semua gambar yang aku hentam keromo edit ni, aku paling suka poster Suho. Mungkin sebab aku suka warna pink kot. Haha. Tapi gambar dialah yang paling senang aku hentam. Kibum-nampyeon tukar warna rambut, oren la pulak. Tapi sesuailah dengan dia..bayangkan kalau rambut aku warna oren, haha, karatlah sangat air Taman Guar Perahu ni, mesti huduh yang amat :)

Kalau aku rajin aku upload gambar raya haji. KALAU RAJIN. Bye !

No comments:

Post a Comment