Thursday, 23 August 2012

update sikit je :)

Aku rasa nak buat fanfic tentang Chanyeol, tapi dalam bahasa Melayu. Okay tak? Poster dah pun aku siapkan, cuma aku nak terjemah sikit lagi je. Hohoho, pendapat, pendapat?

Hari ni aku pergi beraya dengan girlfriends semuanya :) Narumi, Syiffa, Tyah, Dayah, Ila, Sairah, and addition Zairy (dia sorang je lelaki) . Mula-mula Puteri ikut tapi lepas tu dia balik ke rumah.

Destinasi pertama dimulakan dengan perjalanan ke :

rumah Syiffa (makan nasi ayam derr.),
rumah Ara (rumah laksa),
rumah Faeez (mak dia buat bihun tomyam)
rumah Tyah (bihun singapura + nasi lemak, bihun sedap wehh)
lastly rumah arwah Allyn (ayah dia buat roti jala. ada mee and soto).

Makanan jugak yang aku ingat, hehe.

Aku malas nak upload gambar sebab berukband aku memang lembab macam siput nangoi. Pelik kan beruk lembab macam siput nangoi. Tak tau nangoi tu hapa, pergi semak dalam kamus dewan. Hmm, mak aku marah la jugak, pergi beraya, Asar entah ke mana, tapi don't worry mak, kakak sempat solat Asar la, tapi pukul 6.30 petang la kan :)

Cerita raya ? Tahun ni, macam tak berapa nak vavavoom sebab tak ramai pun budak-budak datang beraya kat rumah tok sebelah mak aku, aku dapat merasa memberi cloud nine dekat 10 orang budak aje.Tapi yang syoknya, mak aku terbagi duit raya kat aku lebih RM5. Haha, rezeki. (Aku bagitau mak aku okay.) Tak beraya pun dapat duit banyak, hihihi :) Sebelah abah aku? Tak ramai pun orang datang, aku dok seronok mengasuh anak pakcik-pakcik aku. Mak aku punya marah, gambar dia lagi sikit berbanding gambar bayi-bayi tu. Yelah, aku geram tengok bayi comel-comel tu, so aku snap la photo depa. So award Model of Aidilfitri dapat kat dua orang bayi tu ha. (Mak aku cakap aku tak reti ambil gambar, mungkin betul.)

Bila fanfic aku siap, aku letak link, okay?

No comments:

Post a Comment