Saturday, 23 June 2012

updates :)

credit to : tumblr.

hari ini mari kita bercakap tentang Chanyeol. "Look like a baby, rap like a man." Seriously, terkejut tahap vangang bila aku dapat tau yang suara beast tu rupa-rupanya hak milik terpelihara Park Chanyeol ! Yang dok jerit-jerit dalam lagu Mama tu pun dia rupanya. (Tak penat ke?) Pembawa Happy Virus, sampai kan manager Exo tak tahan naik kereta sekali dengan dia, tambah-tambah dengan Baekhyun the eyeliner god tu. Suasana = Ribut.

Ada la kan budak form 4 kelas sebelah tu yang minat Exo jugak, dia citer la kat aku yang Exo kena kutuk teruk dengan anti-fans, (biasalah tu). Semua orang tak berapa nak puas hati dengan orang Korea, kenapa? Tapi Exo ni pun pelik la jugak kan, kenapa Lee-sajangnim pilih tema Power Rangers tu? Tak faham aku. Dalam banyak-banyak ahli Exo tu, aku suka Chanyeol. Aku pun tak tau sebenarnya kenapalah aku boleh sangkut dengan budak DERP ni. Haha, aku suka sangat dengan DERP SQUAD.

credit to : coverboy

Gigi dia nampak banyak, walaupun hanya 32 batang. Muka macam kartun, perangai macam budak-budak. (Aku pun macam budak-budak jugak, tapi Chanyeol lagilah macam budak-budak.) Bila aku search je gambar dia, mesti aku gelak, sebab dia sangat menarik. Aku ni jenis yang cepat jatuh hati kepada luaran dan cepat react dengan sikap seseorang. Aku cepat jemu dan cepat berubah hati. Setakat ni, takde orang yang boleh ikat aku, haha.

siapalah yang cemarkan Chanyeol ni ???

Cuti dua minggu ? Aku pergi Bandung, Indonesia. No entry, okay? Aku tak berminat nak kongsi sebab aku tak berapa suka pergi Indonesia. Semak kepala tau tak ? Sikit-sikit shopping kain, sikit-sikit shopping baju. Cess, macam la brand Malaysia tak best. Mak aku yang heret aku pergi Bandung. Sikit pun tak terbuka hati aku nak pergi situ, sampai hari nak renew pasport pun, aku cakap aku tak nak pergi. Tapi mak aku tu lebih keras kepalanya daripada aku. Kena pergi jugak le jawabnye..dah mak aku pujuk aku dengan kamera, aku on je la. (Dah lama kempunan kamera sebenarnya, sebelum DSLR jadi trend pun, aku dah minat kamera tu.)

Masa balik Malaysia tu, mak aku kata, ni last pergi Bandung, mama rimas. Kan dah kata, tak masyuk pergi situ (kecuali kaki shopping). Kat KLIA tu, ada Korean flight attendants ! Mak aii, putih betul depa tu nohh.. Segak-segak depa tu, macam tauhu ja warna kulit. Rasa rendah diri je bila lalu di sebelah depa tu. (=.=)' Then, mak aku kata, kalau ada duit, kita boleh pergi Korea pulak. Haha, seronok (yelah, mak aku selama ni tertutup hati dia nak ke Korea, sebab ex-principal dia pernah pergi Korea, and the result is : NOT ON THE LIST.) Ya Allah, mintak-mintak bolehlah aku ke Korea ye..!

 
macam annoyed je.


exams? yeah, It's sucks, yo. mana taknye, addmath E. E,E,E,E, tau tak! Frust tahap vangang ouh. Kimia, Fizik = C. Sejarah = B ! Nasib baik subjek lain dapat A. tapi aku tak expect yang aku boleh dapat nombor 1, langsung aku tak harap. Tapi alhamdulillah, rezeki, siapa yang dapat jangka.. ? HAKEP pun dapat baucer, RM49, macam mana aku nak spend benda alah tu? Gerenti ada kedai buku yang datang ke sekolah, pastu aku kena habiskan baucer RM49 tu kat situ !! (Cikgu, nak tukar dengan duit, boleh tak?) 

Blog ni? Masih dalam pembinaan, dan nampaknya jalanraya akan ditutup bila-bila masa tanpa amaran awal.

No comments:

Post a Comment